KUALA TERENGGANU: Yu paus berukuran kira-kira tiga meter yang dijumpai oleh sekumpulan penyelam tempatan pada 10 pagi Jumaat lepas di sekitar perairan Pulau Bidong memberikan data baharu dalam usaha konservasi hidupan marin negara.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Maizah Mohd Abdullah berkata penemuan yang mengujakan itu mengesahkan kawasan perairan itu sebagai laluan migrasi hidupan marin tersebut.
"Yu paus ini merupakan haiwan migrasi jadi kehadiran spesies ini dapat memberi maklumat bahawa kawasan Pulau Bidong merupakan laluan migrasi, data ini penting kerana kita belum cukup maklumat di kawasan mana sebenarnya laluan yu paus ini.
"Kawasan itu adalah rekod baharu laluan migrasi yu paus, penemuan ini merupakan satu perkara yang mengujakan kerana haiwan marin ini kerap dijumpai di Pulau Redang, namun belum pernah direkodkan di sekitar perairan Pulau Bidong," katanya kepada Bernama.
Ketika ditanya mengenai adakah kehadiran hidupan marin itu menunjukkan indikasi perairan negara yang makin sihat, beliau menjelaskan perkara itu hanya boleh disahkan jika terdapat dua atau lebih kehadiran yu paus dijumpai di kawasan sama untuk mencari makanan.
Beliau menambah, yu paus merupakan ikan marin yang terbesar dalam kategori haiwan terancam oleh Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) sekali gus mengalu-alukan masyarakat awam untuk melaporkan jika ternampak kehadiran spesies tersebut.
"Data ini penting kerana kita belum cukup maklumat di kawasan mana sebenarnya laluan (migrasi) yu paus ini, jadi kita mengalu-alukan masyarakat awam atau nelayan jika terjumpa untuk melaporkan kepada media atau UMT," katanya.
Sementara itu, penyelam tempatan Mohamad Hafiz Hamzah, 34, yang merakamkan momen kemunculan yu paus itu di kedalaman kira-kira 12 meter sempat berkongsi keterujaannya dengan Bernama selain berkata beliau sendiri tidak menjangkakan akan bertemu dengan hidupan marin itu.
"Saya sedang menyelam dan tiba-tiba di depan saya kelihatan seperti tiga rakan penyelam yang lain sedang mengejar sesuatu di belakang saya, dan bila saya menoleh ke belakang ada yu paus, rasa seperti tidak percaya," katanya.
Mohamad Hafiz merupakan seorang daripada peserta Bidong Summit yang telah berlangsung pada 14 hingga 16 Julai lepas di Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022

Penemuan yang mengujakan itu mengesahkan kawasan perairan itu sebagai laluan migrasi hidupan marin tersebut. - Gambar hiasan/Unsplash
10 Berita Pilihan - (23 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 24 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPJ keluar notis larangan operasi ke atas 11 bas
Hasil operasi, lebih 500 bas diperiksa di depoh terbabit terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard di samping aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.
Op Selamat 24 bermula 29Mac, hampir 7,000 warga JSPT terlibat
Beliau berkata 25 lokasi ‘hotspot’ atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi ‘blackspot' yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara dikenal pasti.
800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki dalam tempoh dua hari
Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula hari ini.

Mahmoud Abbas tuduh Israel guna air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa
Pelanggaran oleh Israel bukan sahaja melibatkan serangan langsung, tetapi juga tindakan menghentikan perkhidmatan asas secara sengaja.
Dakwaan salah laku: IPD Serdang jalankan siasatan dalaman
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan berkata, ini bagi memastikan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan ketika mengadakan sekatan jalan raya.
Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes ugutan di Facebook
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menghantar mesej berbentuk ugutan kepada seorang individu menerusi pesanan di Facebook, pada Sabtu.
Cubaan seludup syabu lebih RM700,000 gagal, lima ditahan
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata kesemua suspek ditahan berhampiran Pantai Teluk Bayu, dekat Sungai Batu, ketika cuba melarikan diri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.

Kemunculan yu paus beri data baharu, bantu usaha konservasi hidupan marin negara
Penemuan yang mengujakan itu mengesahkan kawasan perairan itu sebagai laluan migrasi hidupan marin tersebut.

Yu paus terjerut tali: Ini luahan kasihan kumpulan pemancing yang tersayat hati
Kehadiran yu paus menghampiri bot pemancing itu jelas mengambarkan bahawa ia sangat memerlukan pertolongan segera.

Yu paus ditemukan mati di perairan Tanjung Tohor
Punca kematian ikan tersebut belum diketahui setakat ini dan ia akan dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu.

Populasi orang utan Borneo menuju kepupusan, kata pakar konservasi
Orang utan yang merupakan haiwan primat Asia terus menjadi mangsa pemburuan selain 'dihalau' dari habitat semula jadinya.