KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) tidak melihat sebarang perubahan besar ke atas penggunaan minyak masak tempatan susulan kemerosotan jualan rangkaian restoran makanan segera akibat tindakan boikot kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.
Bercakap kepada Bernama, Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata permintaan terhadap minyak makan itu, termasuk minyak sawit turut membabitkan kelompok pengguna lain.
"(Tidak dinafikan) ada premis restoran itu yang mungkin mendapat kesannya. Bagaimanapun, sepertimana ketika pandemik COVID-19 yang kami jangkakan eksport minyak sawit mentah (MSM) merosot kerana orang tidak dapat keluar, eksport itu sebaliknya meningkat kerana mendapat permintaan mereka yang memilih untuk memasak dan mencuba resepi baharu di rumah masing-masing.
"Oleh itu, masih terlalu awal untuk menjangkakan sama ada tindakan boitkot ini akan menjejaskan penggunaan minyak sawit (di rangkaian restoran makanan segera) serta di peringkat global," katanya di luar acara Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB (PIPOC 2023) selama tiga hari, bermula hari ini.
Kempen boikot itu dilakukan oleh kalangan rakyat yang enggan membeli produk atau daripada syarikat yang didakwa ada kaitan dengan Israel susulan kekejaman rejim itu ke atas penduduk Palestin.
Baru-baru ini, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Datuk Azmir Jaafar dilaporkan berkata kempen boikot berkenaan memberi kesan kepada perniagaan serta pekerjanya.
Israel telah membunuh lebih daripada 10,000 orang, termasuk 4,100 kanak-kanak di Gaza sejak memulakan siri pengebomannya pada 7 Oktober lepas.
Setakat semalam, angka rasmi pihak Palestin melaporkan kekejaman Israel itu turut menyebabkan lebih 25,000 orang cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Permintaan terhadap minyak makan, termasuk minyak sawit turut membabitkan kelompok pengguna lain. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

McDonald’s tarik saman terhadap BDS Malaysia
McDonald's Malaysia menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia selepas hasil positif proses mediasi antara kedua-dua pihak.

Kempen boikot tidak beri kesan besar terhadap penggunaan minyak masak - MPOB
Permintaan terhadap minyak makan itu, termasuk minyak sawit turut membabitkan kelompok pengguna lain.