KUALA LUMPUR: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) menyeru kerajaan supaya memperhebatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok dan penyalahgunaan rokok elektronik atau vape.
Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar Pemadam, Datuk Jamelah A. Bakar, berkata ketagihan rokok dan vape adalah pembuka jalan kepada tabiat penyalahgunaan pelbagai jenis dadah.
Menurutnya, pihaknya bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah didapati terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape.
"Kerajaan juga perlu melihat perkembangan penularan penggunaan vape secara serius. Selain itu, terdapat institusi skim pembiayaan peniagaan yang memberi pinjaman begitu mudah sekiranya ada pemohon yang berhasrat untuk berniaga vape," katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Selaras dengan aspirasi kerajaan mewujudkan Generasi Penamat Rokok, katanya, pihaknya yakin Kementerian Kesihatan (KKM) dapat membentang Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang menjadi teras kepada kawalan penularan penggunaan vape serta rokok.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, dilaporkan berkata saringan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.
Beliau berpendapat bahawa langkah untuk mewujudkan rang undang-undang tersebut, dapat menyelesaikan masalah dasar percukaian terhadap produk itu dapat dikawal selia secara komprehensif di samping menjamin aktiviti pengiklanan dan promosi dapat dikawal.
Pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok termasuk rokok elektronik pada sidang Dewan Rakyat, Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Pemadam bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape. - Gambar hiasan
Sabah FC bukan untuk dijual!
Presiden SAFA Datuk Shahelmey Yahya berkata SAFA tidak pernah bertemu dengan individu atau wakil mana-mana pihak yang mendakwa mendapat ‘tawaran’ penjualan saham Sabah FC seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
'Antivenom' obor-obor berasal dari Australia perlu dikaji kesesuaian
Felo Perubatan Ekstrim Dan Wilderness, Dr.Muhamad Naim Ab Razak berkata keberkesanan satu-satunya antivenom rawatan sengatan obor-obor yang ada ketika ini berasal dari Australia perlu dikaji terlebih dahulu.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan sebaliknya akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
Kerajaan Sabah, Sarawak tidak dipinggir dalam rundingan berkaitan Laut China Selatan
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menolak andaian kerajaan persektuan tidak mendapatkan pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam rundingan berkaitan isu Laut China Selatan.
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Kempen advokasi kesedaran penyalahgunaan vape, rokok perlu dipertingkat - Pemadam
Pemadam bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape.