Kementerian Pengangkutan sedang dalam perbincangan bersama Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) untuk membuka jalan di kawasan tanah rizab Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Slim River, di sini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata jalan yang menghubungkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Zulkifli Muhammad ke Kampung Baru itu bakal memberikan kemudahan kepada penduduk setempat.
Katanya, pihaknya telah mengarahkan KTMB dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC), yang memiliki tanah itu untuk menyelesaikan masalah pembukaan jalan di tanah rizab tersebut.
"Bermaksud jalan itu dibuka tetapi mesti ada penyelenggaraan.
"Jadi itu boleh dibuat secara bersama dengan pihak berkuasa tempatan dan hak penggunaan itu boleh diberikan di bawah jagaan PBT. Saya yakin ia akan dibuka kepada orang kampung untuk kegunaan mereka," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika meninjau tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kampung Rahmat Changkat Sulaiman, di sini hari ni.
Jelas beliau lagi, kementerian akan mengarahkan RAC bekerjasama dengan PBT dalam mencapai kata putus berhubung penyelenggaraan jalan tersebut, apabila ia dibuka kelak.
Dalam masa sama, Ka Siong berkata pihaknya juga dalam usaha untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan tersebut.
Katanya, antara punca utama kejadian tersebut disebabkan longkang tersumbat dan kelemahan sistem perparitan.
Hasimi Muhamad
Thu Aug 20 2020

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata jalan yang menghubungkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Zulkifli Muhammad ke Kampung Baru itu bakal memberikan kemudahan kepada penduduk setempat. - Gambar fail/Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Kementerian Pengangkutan bincang buka jalan di kawasan tanah rizab KTMB
Kementerian Pengangkutan sedang dalam perbincangan bersama Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) untuk membuka jalan di kawasan tanah rizab Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Slim River, di sini.

Slim Memilih: MCA dekati pengundi Cina, bantu menangkan calon BN
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya memberi fokus kepada kawasan Slim River memandangkan kira-kira 85 peratus pengundi di kawasan tersebut merupakan kaum Cina.