KUALA TERENGGANU: Kementerian Pengangkutan (MOT) mempunyai pelbagai perancangan untuk memanfaatkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai pemangkin pembangunan ekonomi di Terengganu.
Menterinya Anthony Loke berkata banyak lokasi perindustrian baharu yang boleh dibangunkan di sepanjang jajaran projek ECRL melibatkan jarak 640 kilometer yang dijangka mula beroperasi pada 2027.
"Ia bukan sahaja akan digunakan sebagai mod pengangkutan, malah sebagai mekanisme pertumbuhan ekonomi di sepanjang kawasan dilaluinya. Setakat ini banyak perbincangan dibuat dengan syarikat swasta untuk majukan kawasan berkenaan.
"Di sepanjang laluan itu juga akan dibina banyak tempat pemindahan kargo. Ini faktor penting untuk pertumbuhan kawasan perindustrian di situ nanti, sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan di kawasan sekitar," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas hadir majlis Dialog Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa We Sin di sini, pada Khamis.
Beliau berkata penggunaan ECRL untuk memindahkan kargo itu juga nanti adalah selaras dengan dasar yang sedang diusahakan MOT dengan menyasarkan pengurangan kebergantungan kerja pemindahan kargo ke pelabuhan menggunakan jalan raya, disifatkannya sebagai berisiko.
"Ia termasuk laluan jalan raya yang berbukit selain banyak laporan kemalangan melibatkan treler mengangkut barangan ke pelabuhan. Jadi, apabila kargo ini diangkut menggunakan ECRL, banyak risiko boleh dikurangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Loke berkata banyak lokasi perindustrian baharu yang boleh dibangunkan di sepanjang jajaran projek ECRL melibatkan jarak 640 kilometer yang dijangka mula beroperasi pada 2027. - Foto fail/BERNAMA
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Pembunuhan Hassan Nasrallah, satu tindakan biadab rejim Israel - Mohamad
Mohamad berkata, Malaysia menyatakan kekesalan susulan kematian itu sambil menyifatkan Israel sebagai angkuh dan tidak menghormati keputusan PBB.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
UNGA 79: Malaysia cadang PBB lantik Wakil Khas tangani isu Islamofobia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Manchester City seri dua kali berturut-turut
Perlawanan menyaksikan Erling Haaland gagal menjaringkan gol buat kali pertama untuk The Citizens musim ini.
UKM terima 6,718 pelajar baharu sesi akademik 2024/2025
Daripada 6,718 pelajar baharu yang mendaftar, 1,803 adalah daripada keluarga B40, iaitu lebih 40 peratus daripada jumlah ambilan keseluruhan.
Perak jadikan Sri Pahang mangsa seterusnya, gol terpantas Fernandez julang Selangor
Perak FC membuka tirai jaringan menerusi tandukan Luciano Guaycochea pada minit ke-43 berpunca sepakan sudut diambil Tommy Mawat Bada.
Tanah jerlus jejas empat buah rumah di Tanjung Tualang
Menurut bomba, insiden melibatkan mendapan tanah yang berlaku di hadapan empat buah rumah di Lorong Teja Utama, Taman Teja.
UNGA 79: Malaysia seru tingkatkan penglibatan negara Selatan Global
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, suara negara-negara membangun tidak boleh lagi diabaikan.
UTM terima 3,154 pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025
Seramai 2,977 pelajar mendaftar pengajian di kampus UTM Johor Bahru dan 177 pelajar di kampus UTM Kuala Lumpur.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL
Syarikat pengendali itu adalah hasil kontrak yang dirundingkan semula bertujuan berkongsi risiko operasi antara MRL dan CCCC.
Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang
ECRL diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.
PM Anwar, PM China Li Qiang rasmi majlis pecah tanah stesen terminal bersepadu ECRL
Majlis pecah tanah itu membuka laluan kepada penyediaan rel ECRL yang melibatkan laluan dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor yang dijangka siap pada Disember 2026.
ECRL jamin pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri Pantai Timur - PM Anwar
Pembinaan ECRL dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang bakal menjamin pertumbuhan ekonomi segar di negeri-negeri Pantai Timur, kata PM Anwar
Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem
Projek ECRL memulakan kerja pemasangan sistemnya yang menandakan fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat pengujian dan pengoperasian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.