Kementerian Pendidikan menggariskan enam inisiatif bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan rakyat Malaysia menerusi sektor pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata inisiatif itu termasuk menyediakan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia.
"Antara inisitif yang dilakukan kerajaan adalah seperti menyediakan Kerangka Standard Bahasa Melayu; membangunkan Kerangka Holistik Pembangunan Profesionalisme Guru; menubuhkan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu; pemantapan kriteria pemilihan calon guru Bahasa Melayu dan menaiktaraf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan Bahasa Melayu peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
"Kerajaan komited untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Pada tahun 2010, Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan telah ditubuhkan bertujuan memantapkan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dengan melibatkan kementerian dan agensi kerajaan lain, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang meminta kerajaan menyatakan peratus pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dari tahun 2013 sehingga kini dan nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi.
Sementara itu, Sin Woon menambah peratus calon yang memperoleh kredit dan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM secara perbandingan dari tahun 2013 hingga 2016 menunjukkan trend sekata.
Katanya, pada tahun 2013 peratus kredit dan lulus Bahasa Melayu SPM ialah sebanyak 91.4 peratus, 91 peratus (2014), 90.9 peratus (2015) dan 91.9 peratus (2016).
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 01 2017

Kementerian Pendidikan menggariskan enam inisiatif memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan rakyat Malaysia.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBP
Rakyat masih terperangkap Bahasa Melayu tidak mempunyai nilai ekonomi, standard, serta mutu tersendiri.

Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial.

DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan meningkatkan program bahasa Melayu di beberapa universiti luar negara termasuk China, Thailand dan Jepun dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.

Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.

Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.

Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN
Tian Chua berkata Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa serantau yang menghubungkan masyarakat pelbagai latar belakang.

Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.

Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi
Kumpulan itu membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP di sekolah itu.