PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan bersetuju dengan permohonan Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi tujuan kelonggaran dokumen pembuktian sumbangan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Sehubungan itu, KLN dalam satu kenyataan berkata kelonggaran dokumen pembuktian bagi tujuan potongan cukai ke atas sumbangan kepada AAKRP adalah bagi tempoh 9 Okt sehingga AAKRP ditutup.
"Selain resit rasmi Kerajaan, dokumen-dokumen yang dijana melalui perbankan elektronik juga akan diterima pakai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan menuntut potongan cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 ke atas sumbangan yang dibuat kepada AAKRP," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan, dokumen pembuktian sumbangan yang dibenarkan adalah dokumen yang dijana daripada transaksi sumbangan melalui perbankan elektronik seperti Mesin deposit tunai; Mesin Automated Teller (ATM); Mesin Deposit Cek; Tunai/Cek/Bank Draf melalui kaunter Bank CIMB.
"Pindahan tunai secara elektronik melalui e-dompet; Pindahan wang tunai melalui Interbank Giro; Telegraphic Transfer; dan Real Time Electronic Fund and Securities System (RENTAS)," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, para penyumbang diminta menyimpan bukti transaksi sumbangan selaras dengan keperluan di bawah Seksyen 82(A) ACP 1967.
KLN turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang untuk membantu rakyat Palestin melalui AAKRP.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
KLN dalam satu kenyataan berkata kelonggaran dokumen pembuktian bagi tujuan potongan cukai ke atas sumbangan kepada AAKRP adalah bagi tempoh 9 Okt sehingga AAKRP ditutup. - Gambar fail/Bernama
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Kementerian Kewangan setuju beri kelonggaran dokumen pembuktian sumbangan ke AAKRP
Kementerian Kewangan bersetuju dengan permohonan Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi tujuan kelonggaran dokumen pembuktian sumbangan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
AAKRP terima sumbangan lebih RM15.3 bantu rakyat Palestin
Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) menerima lebih RM15.3 juta sebagai bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara itu.
Malaysia bantu pengumpul dana salurkan sumbangan kepada rakyat Palestin - Hishammuddin
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan kempen untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.