Kementerian Kewangan hari ini menyangkal dakwaan di media sosial bahawa kad bayaran tanpa sentuh atau 'payWave' boleh diklon dan maklumatnya dijual kepada pihak ketiga.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata kad paywave yang mula dikeluarkan pada akhir tahun lalu tidak boleh dipalsukan kerana dilengkapi ciri keselamatan yang diperakui industri perbankan antarabangsa.
"Pengguna juga telah dimaklumkan bahawa ciri-ciri keselamatan ini dicipta khas, jika berlakunya kes kehilangan kad, maka pengguna tidak perlu khuatir," katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan tambahan Datuk Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berkenaan dakwaan di media sosial mengenai kad payWave mudah diklon.
Othman berkata industri perbankan antarabangsa telah meneliti segala kemungkinan seperti kecurian data dan memalsukan kad berkenaan, justeru ia dilengkapi dengan ciri keselamatan menggunakan teknologi terkini.
"Pemegang kad juga mempunyai pilihan untuk mengehadkan jumlah transaksi, contohnya maksimum dua kali sehari dan nilai tidak melebihi RM500 bagi mengelak risiko kecurian.
"Jika hilang, pemegang kad hanya perlu memaklumkan kepada bank berkaitan dan kad itu akan dibatalkan serta-merta manakala penggunaannya akan dijejaki," katanya
Sementara itu, beliau berkata penggunaan kad payWave berbanding kad konvensional telah meningkat kepada 1.5 peratus pada 2016 berbanding hanya 0.6 peratus pada 2015.
Menurutnya, sistem kemudahan pembayaran payWave menawarkan kelajuan transaksi yang cepat dan memudahkan proses pembayaran selain menjadi instrumen efektif dalam menggantikan penggunaan wang tunai, serta meningkatkan produktiviti negara.
Dari segi kepentingan ekonomi pula, Othman berkata jumlah transaksi pembelian menggunakan sistem baharu ini telah meningkat kepada RM7.2 juta pada 2016 berbanding sekitar RM2.8 juta pada tahun 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017
Othman (gambar) berkata kad paywave yang mula dikeluarkan pada akhir tahun lalu tidak boleh dipalsukan kerana dilengkapi ciri keselamatan yang diperakui industri perbankan antarabangsa. - Gambar fail
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
BNM nafi pembayaran kad dibeku - KKMM
Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini mengeluarkan tiga penafian terhadap beberapa kenyataan yang tular di media sosial dan di aplikasi pesanan ringkas.
Mastercard gugurkan nama dari simbolnya
Simbol yang menggambarkan bulatan merah serta kuning yang saling bertaut, dirujuk sebagai tanda Mastercard, kini akan dipaparkan tanpa nama ikoniknya.
Transaksi tanpa kebenaran kad tanpa sentuh tidak berlaku di Malaysia - ABM
ABM berkata insiden itu tidak berlaku di Malaysia, dan aktiviti penipuan itu tidak mungkin berlaku di sini kerana proses ketat pemilihan pedagang oleh bank dan institusi kewangan.
Kementerian Kewangan sangkal dakwaan kad 'payWave' boleh diklon
Kementerian Kewangan hari ini menyangkal dakwaan di media sosial bahawa kad bayaran tanpa sentuh atau 'payWave' boleh diklon dan maklumatnya dijual kepada pihak ketiga.
Kad Prabayar: Saya mahu beli RM10, dapat guna RM10 - Ahmad Shabery
Mengulas isu kad prabayar, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memberitahu akan berusaha untuk memastikan pengguna dapat menggunakan nilai RM10 jika membayar RM10.
Kekal caj GST: Syarikat telco disaran buat kaji selidik pilihan pengguna
Datuk Ahmad Maslan telah menyarankan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menjalankan satu survey dalam kalangan pengguna tentang kad tambah nilai prabayar yang dikenakan GST.