KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyerahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan daripada Syarikat Tujuan Khas (SPV) Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun 2018.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia susulan prestasi pengurusan TH yang semakin baik serta pemulangan aset itu akan dilaksanakan secara berperingkat.
"Masa itu saudara Datuk Seri Mujahid Rawa sebagai menteri (Menteri Agama) beri usul dan MOF ambil alih keadaan TH ketika itu menghadapi masalah kewangan.
"Sekarang dengan pengurusan baru lebih cekap dan dapat beri keyakinan dan pengurusan lebih mantap jadi MOF sedang berunding memindahkan semula aset dipegang MOF kepada TH," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji, di Menara TH, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar.
Tambah Anwar lagi, tindakan itu sekali gus menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan ketika itu mendakwa aset TH dijual kepada bukan Islam.
"Semua aset, kita mula dan arah berbincang mungkin diambil secara berperingkat untuk pastikan pulangan itu baik.
"Ia sendirinya menjawab segala tohmahan dan fitnah sebelum ini bertahun-tahun berbakul-bakul fitnah mengatakan ia dijual, tiada dijual, masih kekal dan sebagai satu amanah dan sekarang sedang berunding dari segi kos dan tanggungan semuanya," katanya lagi.
Sebelum ini, media melaporkan TH memindahkan aset yang tidak menguntungkan bernilai kira-kira RM19.9 billion kepada SPV pada 31 Disember 2018.
Pemindahan aset itu bagi memantapkan kedudukan kewangan TH.
Fareez Azman
Fri Sep 29 2023
![Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695954521_tbAnwarIbrahimUla.jpg)
Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menghadiri melancarkan Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji, di Menara TH, Kuala Lumpur, pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738846397_DatukHusseinOmarK.jpg)
Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
![ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739063502_arifaiman.jpg)
ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.
![JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735720477_SekatanJalanRaya.jpg)
JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
![Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695954521_tbAnwarIbrahimUla.jpg)
Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM
Keputusan itu dibuat selepas MOF berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang semakin baik.
![Ahmad Dusuki akur aset TH tidak dijual kepada bukan Islam - Mujahid Ahmad Dusuki akur aset TH tidak dijual kepada bukan Islam - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693289701_DusukiRani.jpg)
Ahmad Dusuki akur aset TH tidak dijual kepada bukan Islam - Mujahid
Ia selepas Ahmad Dusuki menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam kes saman fitnah yang dikemukakan.