Kementerian Kesihatan sedang menyiasat aduan produk madu yang diimport dari Australia yang didakwa mengandungi kandungan beracun dan bahan toksin yang tinggi, yang berada di pasaran tempatan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sekiranya siasatan mendapati aduan itu betul, kementerian mempunyai kuasa untuk menghentikan barangan itu daripada diimport dan dijual.
"Bahagian Keselamatan Makanan (di bawah kementerian) sedang membuat semakan terhadap aduan itu.
"Selepas itu, kita akan lihat pada bukti-bukti yang ada, kemudian kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen Combi Peringkat Kebangsaan 2016, di Lotus Desaru, dekat sini, hari ini.
Dr Subramaniam berkata keputusan siasatan aduan berkenaan akan dikeluarkan minggu depan yang akan menentukan sama ada tuduhan itu betul atau palsu.
Baru-baru ini, beberapa portal asing mendakwa terdapat siasatan sedang dijalankan terhadap produk madu yang dikatakan mempunyai kandungan beracun dan toksin yang boleh memudaratkan kesihatan.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata peruntukan tambahan bagi Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) bagi Bajet 2017 telah dipohon dalam usahanya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya nyamuk aedes dan penyakit denggi.
Beliau berkata peranan Combi dilihat penting kerana tampil dengan pelbagai idea untuk mengurangkan kes denggi dan ini turut terbukti dengan penurunan kes denggi terutama yang melibatkan kematian.
"Dari Januari hingga 7 Sept lalu, sejumlah 77,144 kes demam denggi dengan 174 kematian dilaporkan di seluruh negara berbanding 84,457 kes dengan 232 kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas," katanya.
Dr Subramaniam berkata jumlah itu diterjemahkan kepada pengurangan kes kematian sebanyak 25 peratus.
Pada tahun lepas, kementerian menerima RM3 juta untuk program tersebut yang diagihkan kepada kira-kira 3,000 pasukan Combi yang dianggotai lebih 60,000 anggota di seluruh negara.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Norhisham Abdullah danPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Ayub Rahmat.
Bernama
Sat Sep 24 2016
Keputusan siasatan aduan berkenaan akan dikeluarkan minggu depan yang akan menentukan sama ada tuduhan itu betul atau palsu. - Gambar hiasan
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian Kesihatan siasat aduan produk madu import didakwa memudaratkan
Sekiranya siasatan mendapati aduan itu betul, kementerian mempunyai kuasa untuk menghentikan barangan itu daripada diimport dan dijual.