TAWAU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini menzahirkan rasa terharu dan teruja baginda dengan sambutan yang cukup hebat penduduk di sini sebaik berangkat tiba di Tawau pada petang Ahad.
Seri Paduka bertitah baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda cukup terharu kerana dapat sampai di Sabah, Negeri di Bawah Bayu.
"Saya sampai di Tawau tetap ada wow, wow sambutan selepas mendarat, dari Kuala Lumpur hanya dua jam 30 minit tetapi dari Lapangan Terbang (Tawau) ke sini lima jam 30 minit.
"Saya dan isteri (Tunku Azizah) begitu semangat dengan apa yang ditunjukkan orang Tawau dan Sabah. Saya terharu sambutan hari pertama sebegini, esok dan lusa mesti lagi hebat. Saya cukup teruja, isteri dan anak-anak menghitung hari ke sini," titah baginda pada Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo dan Santapan Malam Bersama Rakyat Tawau di Dewan Masyarakat Tawau pada malam Ahad.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah melancarkan Kembara Kenali Borneo iaitu program pengembaraan sejauh lebih 2,149 kilometer selama 11 hari dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.
Seri Paduka turut bertitah agar seluruh penduduk Sabah dan Sarawak bersemangat menyambut Hari Malaysia.
"Selepas sambutan kemerdekaan dengan semangat ditunjukkan di Semenanjung begitu hebat, saya nak tengok orang Sabah dan Sarawak bersemangat sambut Hari Malaysia," titah baginda.
Selain itu, baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang bersusah payah merealisasikan Kembara Kenali Borneo.
Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan menyanyikan lagu bertajuk Butakah Cinta yang dipopularkan oleh Ameng daripada Kumpulan Spring.
Terdahulu, pada 1.50 tengah hari Seri Paduka berdua berangkat tiba di Lapangan Terbang Tawau di sini dari Kuala Lumpur, sebelum Al-Sultan Abdullah memandu sendiri kenderaan untuk bertemu dengan rakyat yang menyambut pasangan diraja itu.
Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan akan menyaksikan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak pada program yang bermula hari ini hingga 13 Sept.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijadual melakukan pelepasan kembara itu pada pagi Isnin di 0 KM Padang Majlis Bandaran Tawau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan melawat pameran makanan etnik Tawau sewaktu berangkat tiba untuk melancarkan Kembara Kenali Borneo di Dewan Masyarakat pada malam Ahad. - Gambar Bernama
Trump tandatangan perintah eksekutif jadikan Amerika pusat AI dunia
Pendekatan baharu Trump untuk menjadikan Amerika sebagai peneraju global dalam inovasi teknologi sambil menghapuskan dasar era Biden.
Lima hari hanyut di lautan, tiga nelayan kelaparan, air hujan penghilang dahaga
Asrulhisham bersama anak dan seorang lagi awak-awak diselamatkan oleh dua nelayan Aceh selepas lima hari bersabung nyawa di lautan.
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua petisyen rakyat Sabah dan Sarawak yang dipersembah kepada YDP Agong diselesaikan sebaik mungkin.
Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi semasa program Kembara Kenali Borneo.
Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana