PENAMPANG: Perkampungan budaya Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, menjadi destinasi persinggahan konvoi Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari kelima dan terakhir di Sabah hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba kira-kira 9.30 pagi, kelihatan ceria melihat sendiri budaya daripada pelbagai etnik di Sabah, malah berkenan menyertai aktiviti budaya di perkampungan itu.
Di Walai Bisaya, Kumpulan Seni Budaya Suasa, Biro Kebudayaan dan Kesenian, Persatuan Bisaya Bersatu Sabah mempersembahkan lagu 'Joget Pahang' menggunakan alat muzik tradisional kulintangan dan gong, menarik perhatian Al-Sultan Abdullah yang bertepuk tangan seiring rentak lagu itu.
Di Rumah Tradisi Murut, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menyertai aktiviti menyumpit menggunakan alat sumpitan suku kaum Murut sebelum menyaksikan demonstrasi lompatan lansaran oleh kakitangan perkampungan budaya itu.
Tunku Azizah juga berkenan menyertai demonstrasi masakan tradisi bosou ikan goreng. Bosou adalah makanan seakan-akan pekasam dan makanan ini menjadi makanan tradisi masyarakat Sabah terutamanya kaum Kadazandusun serta Murut.
Semasa lawatan itu, Seri Paduka berdua turut berkenan bersantap bersama rakyat, sebelum berangkat pada 11.15 pagi meneruskan Kembara Kenali Borneo ke Sipitang.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah Sempena Kembara Kenali Borneo malam tadi, Al-Sultan Abdullah bertitah rakyat Sabah yang terdiri 33 kumpulan peribumi dan berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa serta 80 dialek etnik, merupakan realiti amat menakjubkan.
KDCA, terletak kira-kira sembilan kilometer dari Kota Kinabalu adalah lokasi tetap acara kemuncak Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei sejak lebih 30 tahun lepas.
Lokasi ikonik juga sering menjadi tumpuan orang ramai untuk menyaksikan pentas akhir Unduk Ngadau atau ratu cantik yang menampilkan barisan 'sumandak' Sabah daripada pelbagai daerah berentap merebut gelaran Ratu Unduk Ngadau Kaamatan.
Terdahulu, ribuan rakyat Sabah menantikan keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di dalam serta luar kawasan majlis, malah sepanjang perjalanan ke lokasi, bahu jalan turut dibarisi masyarakat setempat yang melambai tangan sambil merakam video apabila rombongan diraja itu melalui kawasan mereka.
Seri Paduka berdua dan konvoi Kembara Kenali Borneo berangkat menuju Sipitang untuk Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Rakyat di Masjid Sahabat, Sindumin sebelum melintasi sempadan Sabah-Sarawak.
Pasangan Diraja dan konvoi itu dijadual berangkat ke Lawas Waterfront di Lawas, Sarawak sebelum bergerak ke Brunei mengakhiri hari kelima kembara berkenaan hari ini.
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan mencuba lastik guli ketika melawat Kompleks Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) sempena Kembara Kenali Borneo hari ini. - Foto Bernama
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua petisyen rakyat Sabah dan Sarawak yang dipersembah kepada YDP Agong diselesaikan sebaik mungkin.
Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi semasa program Kembara Kenali Borneo.
Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana