Aksi dan ketangkasan pegawai bomba, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai 'Wira Penyelamat' pasti akan dirindui.
Abu Zarin, 33, yang meninggal dunia akibat dipatuk ular Khamis malam bukan sekadar guru kepada dua lagi pegawai yang terbabit dalam menjinakkan haiwan berbisa tetapi juga bagaikan abang sendiri.
Muhammad Azizi Abd Aziz, 21, dan Syafiq Mohamad, 25, ketika dihubungi Bernama berkata walaupun terkejut dengan apa yang berlaku terhadap rakan seperjuangan mereka namun ia tidak menimbulkan ketakutan dalam diri malah menjadi inspirasi buat mereka terus melakukan yang terbaik.
"Saya tak akan berhenti begitu sahaja selepas pemergian arwah. Malah saya akan jadikan iktibar kepada diri saya supaya lebih berhati-hati dan lebih fokus dalam mengendalikan haiwan berbisa seperti ular.
"Saya percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri...Pada saya sebagai anggota penyelamat 'mati itu pasti' tapi sejauh mana kita mampu sebarkan ilmu dan menyelamatkan nyawa orang ramai itu adalah daripada diri kita sendiri," katanya.
Menurut Azizi, walaupun sedih dengan pemergian arwah Abu Zarin yang merupakan sahabat dan juga seorang daripada jurulatihnya satu masa dahulu, semangat beliau tidak luntur untuk meneruskan perjuangan mereka dalam bidang mengendali haiwan berbisa.
Sementara itu, bagi Syafiq pula, pemergian arwah Abu Zarin memberi kesan yang mendalam bagi dirinya kerana beliau sudah menganggap arwah seperti keluarganya sendiri.
"Bagaimanapun, kejadian ini tidak mematahkan semangat saya, malah menaikkan lagi motivasi. Saya akan bawa semangat arwah untuk masa hadapan dalam karier saya.
"Hari ini saya berpeluang mengiringi jenazah arwah sebagai seorang kawan dan juga sebagai seorang adik, kerana arwah sudah saya anggap seperti abang saya ke Kampung Permatang Gading, Pasir Puteh, Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 16 2018
Aksi dan ketangkasan pegawai bomba, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai 'Wira Penyelamat' pasti akan dirindui. -Foto Sinar Harian
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
'Banyak kali saya nasihat arwah, berhenti main ular' - isteri Abu Zarin
Aziena berkata, sejak mengenali arwah suaminya itu, dia memang meminati beberapa jenis haiwan liar dan berbahaya termasuk ular.
Kematian tragis Abu Zarin tidak patahkan semangat pegawai bomba
Abu Zarin, 33, yang meninggal dunia akibat dipatuk ular Khamis malam bukan sekadar guru kepada dua lagi pegawai yang terbabit dalam menjinakkan haiwan berbisa tetapi juga bagaikan abang sendiri.
'Wira Penyelamat' meninggal dunia
Abu Zarin, 33 tahun, dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.54 malam selepas dilaporkan kritikal akibat dipatuk reptilia berbisa itu 12 Mac lalu.