Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa agar siasatan segera dilakukan terhadap aktiviti perlombongan besi yang dikatakan punca pencemaran kawasan tadahan air hingga menyebabkan berlaku kematian 14 Orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang.
Ketua Wiranita Putra, Intan Rahmah Ali berkata siasatan segera perlu dilakukan oleh pihak berwajib terhadap aktiviti perlombongan itu.
Katanya, pihak berkenaan tidak sepatutnya menutup mata dan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengatasi masalah pencemaran air di kawasan tersebut.
"Selain itu, Wiranita Putra juga berharap agar pihak berkenaan tidak mengambil mudah terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli kerana mereka juga adalah rakyat negara ini dan berhak mendapat layanan yang sewajarnya.
"Wiranita Putra juga berharap agensi-agensi berkaitan sama ada dari pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan segera memberi bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat Orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sehingga kini, seramai 14 Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang itu mati secara ‘misteri’ sejak Mei lalu namun terdapat pihak termasuk penduduk mendakwa kematian itu akibat minum air tercemar.
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan harapan (PH) Kelantan, Senator Datuk Husam Musa meminta semua pihak memberi perhatian segera terhadap kematian misteri Orang Asli suku Bateq itu.
BACA: Dua anak Adidas Om alami sesak nafas sejak empat hari lalu
BACA: Elak jangkitan baharu, hadkan hubungan dengan orang luar - Dr Zaini
BACA: 'Dah lapor sejak awal Mei, tapi tiada tindakan' - Jangkitan kuman belenggu Orang Asli
Astro Awani
Sun Jun 09 2019

Intan Rahmah berkata, pihak berkenaan tidak sepatutnya menutup mata dan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengatasi masalah pencemaran air di kawasan tersebut. - Gambar fail

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

Kematian misteri Orang Asli: Wiranita Putra desak siasat aktiviti perlombongan
Intan Rahmah Ali berkata siasatan segera perlu dilakukan oleh pihak berwajib terhadap aktiviti perlombongan ini.

Pelantikan Latheefa beri isyarat pertembungan pasukan Tun M dan Anwar - Wiranita Putra
Ketua Wiranita Putra, Intan Rahmah Ali berkata Wiranita curiga dengan pelantikan Latheefa yang tidak sehaluan dengan Anwar yang juga Presiden PKR.