Pusat pakar pergigian, Imperial Dental Specialist Centre Sdn Bhd, didenda RM320,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan berhubung kematian menantu bekas timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi ketika menjalani rawatan gigi di situ.
Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin membuat keputusan itu ke atas pusat tersebut yang diwakili ahli lembaga pengarah syarikat itu Dr Alice Wong Yen Lin, 47, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
“Mahkamah mengambil kira faktor-faktor yang selaras dengan peruntukan undang-undang supaya menjadi pengajaran dan teladan kepada semua pengamal perubatan dengan mematuhi standard Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya sebelum menjatuhkan hukuman.
Mahkamah turut membenarkan hukuman denda itu dibayar secara berperingkat iaitu RM25,000 hari ini manakala bakinya RM295,000 dibayar bermula 21 Jan 2019 hingga 28 Jun 2019 dan OKS juga diperintahkan membayar kos pendakwaan sebanyak RM5,000.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda itu bagi pertuduhan kedua, ketiga, keenam, ketujuh dan kelapan yang dihadapi pusat pakar pergigian itu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, OKS sebagai pemegang lesen didakwa telah gagal memastikan Noor Azima Muhamad Nuwi, 26, berkelayakan untuk menjalankan prosedur radiologi (ortopantomogram) terhadap Syed Alman Zain dan pusat tersebut sebagai pemegang lesen juga didapati telah gagal menyimpan dan menyenggarakan suatu 'Daftar Kakitangan'.
Pertuduhan keenam pula, OKS dituduh telah gagal menyediakan langkah-langkah perlu bagi menyelamatkan nyawa Syed Alman Zain dengan tidak menyediakan oksigen.
Bagi pertuduhan ketujuh, pusat itu didakwa telah gagal mengemukakan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya yang menerima pemindahan kecemasan pesakit iaitu Syed Alman Zain satu salinan semua rekod perubatan pesakit seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 31(1)(d) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
Di bawah pertuduhan kelapan, OKS didakwa telah gagal mengambil langkah yang mencukupi untuk melindungi semua kakitangan profesional jagaan kesihatan dan persekitaran terhadap bahaya biologikal seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 49(5) Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006.
Pada 5 April lepas, mahkamah telah memerintahkan pusat itu membela diri atas lima pertuduhan tersebut manakala selebihnya iaitu pertuduhan pertama, keempat, kelima dan kesembilan, pusat itu dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan terbabit selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di pusat pergigian itu yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfields, di sini, antara 6 petang dan 9.05 malam, antara 26 Mei dan 2 Jun 2016.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(4), 39(2), 40(4) dan 117(2)(b)(i) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM30,000 dan RM300,000 dan di bawah Peraturan 49(7) dan 245(6) Peraturan-Peraturan Kedahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Zulkefli memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana kes ini melibatkan nyawa dan menjadi tumpuan masyarakat.
"Walaupun pertama kali dituduh tetapi klinik ini telah berhadapan dengan lima pertuduhan. Ekoran sikap sambil lewa yang dilakukan klinik ini telah menyebabkan nama buruk kepada institusi klinik pergigian yang lain," katanya.
Bagaimanapun, pusat pakar pergigian itu yang diwakili peguam P. Sreekant merayu hukuman denda minimum atas alasan klinik tersebut telah banyak membuat penambahbaikan selepas kejadian itu.
Sepanjang perbicaraan bermula 6 Mac 2017, seramai 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.
Syed Alman Zain, suami kepada Datuk Nurulhidayah, anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menjalani rawatan di pusat pakar pergigian itu dan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 14 2018
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda itu bagi pertuduhan kedua, ketiga, keenam, ketujuh dan kelapan yang dihadapi pusat pakar pergigian itu. - Gambar hiasan
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.
UMNO komited kukuhkan parti, jaga kerjasama komponen Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk memperkukuhkan parti dan terus menjaga kerjasama baik antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk, perlu peruntukan besar untuk diperbaiki
Baik pulih ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk memerlukan kos yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya 10 juta bagi setiap ban, kata Ahmad Zahid.