IPOH: Bedah siasat ke atas dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang maut semasa menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum, Gerik awal pagi semalam mendapati kematian disebabkan kecederaan akibat pokok tumbang.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata bedah siasat ke atas jasad Sarjan Mohd Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31, telah selesai dijalankan di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang oleh doktor pakar hospital berkenaan pada 10.20 malam tadi.
"Makluman awal daripada anggota kumpulan ronda (RJJ) menyatakan telah berlaku ribut di kawasan penempatan sub unit dan sebatang pokok telah tumbang pada kira-kira 1 pagi.
"Apabila ribut reda, pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota RJJ dan mendapati pokok telah menghempap dua anggota," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mangsa kemudian telah dibawa keluar dari tempat kejadian di kawasan sektor E 3 C, Hutan Belum Gerik dengan menggunakan helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang.
Semalam, polis mengklasifikasikan kes dua tentera yang maut akibat ditimpa pokok itu sebagai mati mengejut.
BACA: Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi
Kedua-dua mangsa merupakan anggota dari Batalion Kedua, Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD), Kem Sungai Ara, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata bedah siasat ke atas jasad mangsa telah selesai dijalankan di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang. - Foto fail/BERNAMA
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Tiada perjumpaan bersama KP SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Genting Highlands pada 6 hingga 8 Nov ini.
Diplomasi ASEAN mampu bawa implikasi positif
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, boleh menggunakan peluang untuk melihat sejauh mana diplomasi ASEAN mampu meredakan ketegangan antara AS dan China.
Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.
Kematian banduan di Penjara Sungai Buloh tiada unsur jenayah - Polis
Kematian seorang banduan lelaki berusia 37 tahun di Penjara Sungai Buloh, Ahad lepas, didapati tidak mempunyai unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor.
Dua warga Myanmar, seorang lelaki didakwa bunuh penganggur
Seorang pemandu traktor dan dua warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki minggu lepas.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Sebab kematian Liam Payne didedah dalam autopsi awal
Pihak berkuasa berkata, Payne yang terjatuh dari balkoni di tingkat tiga Hotel CasaSur Palermo menyebabkan kecederaan mematikan.
Murid tahun satu maut, abang dan rakan parah dalam kemalangan
Seorang murid lelaki Tahun Satu maut manakala abangnya serta seorang rakan mereka cedera parah selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah van di Kampung Charok Putih di sini, petang tadi.
Pesara guru maut ditikam anak lelaki
Seorang pesara guru maut akibat ditikam anak lelakinya di rumahnya di Kampung Senaling, Kuala Pilah di sini, petang tadi.
Masalah peribadi, hutang dipercayai punca pengawal keselamatan dibunuh
Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lepas.
Tular gambar bedah siasat Zayn Rayyan: Pihak pembelaan belum terima perkembangan siasatan
Menurut peguam, laporan berkaitan kebocoran gambar dan maklumat kanak-kanak tersebut dibuat seorang ahli keluarga Zaim Ikhwan dan pihak polis.
Bayi lapan bulan maut di taska akibat lemas - Polis
Bedah siasat terhadap bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Alor Gajah mendapati punca kematiannya disebabkan lemas.