SEPANG: Kemasukan ayam bulat import meningkat 80 peratus pada Jun kepada 471 tan metrik berbanding 258 dalam bulan Mei berikutan pemansuhan Lesen Import (AP) dan penangguhan fi permit yang bermula bulan lepas.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata kemasukan keratan ayam juga meningkat sebanyak 30 peratus bulan lepas kepada 10,200 tan metrik daripada 7,800 pada Mei.
Beliau berkata prosedur pengimportan bahan makanan yang dipermudah oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah mempercepat proses kemasukan ayam bulat.
"Bekalan ayam di negara kita sudah stabil," katanya kepada media selepas meninjau operasi pengimportan serta pengeksportan produk pertanian dan haiwan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Pada Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberhentian eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun selain pelaksanaan pemansuhan AP ayam termasuk bagi ayam bulat dan keratan ayam.
Susulan pemansuhan itu, sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini bagi memastikan bekalan mencukupi.
Pada 21 Jun lepas, kerajaan turut mengumumkan penangguhan kutipan fi permit bagi komoditi jagung, soya, gandum, ayam bulat dan komoditi asas makanan ternakan.
Penangguhan itu bagi memastikan sekuriti makanan dalam negara terjamin berikutan kos bahan mentah makanan ternakan yang tinggi dalam industri dikenal pasti sebagai antara faktor kenaikan harga barangan seperti ayam.
Ditanya sama ada harga siling ayam yang kini ditetapkan RM9.40 sekilogram di Semenanjung boleh diturunkan susulan bekalan yang sudah stabil, Ronald berkata ia bergantung kepada kuasa pasaran seperti kos input makanan ternakan yang kebanyakannya diimport dan tukaran mata wang asing.
"Kos input bagi pengeluaran ternakan, penanaman sayur dan banyak produk makanan yang dibuat di Malaysia sebahagian besarnya bergantung pada harga pasaran antarabangsa seperti baja dan racun.
"Ayam dan ruminan pula 70 peratus kos pengeluaran bergantung kepada kos input bijirin termasuk jagung dan soya yang diimport dari negara luar.
"Kita ternak ayam tapi kita tak tanam jagung dan soya yang menjadi keperluan kepada makanan ternakan haiwan. Jadi semua ini bergantung kepada pasaran antarabangsa," katanya.
Ronald berkata kerajaan melalui MAQIS juga telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi memudah cara prosedur pengimportan bahan makanan ke Malaysia antaranya proses kemasukan pantas 24 jam di pintu masuk negara sekali gus mengurangkan kos logistik yang terlibat dalam aktiviti pengimportan.
Beliau berkata inisiatif itu membantu 380 syarikat yang berdaftar sebagai pengimport produk makanan haiwan bagi melancarkan proses pengimportan.
"Sehingga kini, sejumlah 490 konsainan bijirin dan makanan haiwan dengan kuantiti sebanyak 173,000 tan metrik bernilai RM483 juta telah mendapat manfaat daripada proses kemasukan pantas di pintu masuk negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
![Kemasukan ayam bulat meningkat 80 peratus pada Jun Kemasukan ayam bulat meningkat 80 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657805317_TBRONALDKIANDEE.jpg)
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee (dua, kiri) memeriksa barangan makanan yang diimport dari luar negara ketika membuat tinjauan Operasi Pemeriksaan dan Penguatkuasaan di pejabat MAQIS Kompleks Kargo KLIA. - Foto BERNAMA
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699252306_PengerusiMARA.jpg)
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
![Tiada peniaga jual ayam bulat lebihi harga siling Tiada peniaga jual ayam bulat lebihi harga siling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661009106_TBhargaayam.jpg)
Tiada peniaga jual ayam bulat lebihi harga siling
KPDN mendapati dalam tempoh 10 hari berpuasa hingga semalam, tiada peniaga yang menjual "ayam bulat" melebihi harga siling ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram.
![Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661685958_AlexanderNantaLing.jpg)
Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta
Jemaah Menteri setuju harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran ekoran kegusaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak.
![Kemasukan ayam bulat meningkat 80 peratus pada Jun Kemasukan ayam bulat meningkat 80 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657805317_TBRONALDKIANDEE.jpg)
Kemasukan ayam bulat meningkat 80 peratus pada Jun
Kemasukan keratan ayam juga meningkat sebanyak 30 peratus bulan lepas kepada 10,200 tan metrik daripada 7,800 pada Mei.
![Simpanan stok ayam bulat pertama tiba hari ini - LPP Simpanan stok ayam bulat pertama tiba hari ini - LPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/51539944825_TBLPPxjpg.jpg)
Simpanan stok ayam bulat pertama tiba hari ini - LPP
Pengimportan ayam itu adalah daripada pengeluar yang telah mendapat pengesahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.