GEORGE TOWN: Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengarahkan laporan penuh berhubung dua insiden kemalangan maut di tempat kerja membabitkan pekerja penyelenggara lif di pusat beli-belah di Jalan Burma di sini dan pekerja pembersihan di kilang kitar semula di Banting, Selangor, disiapkan segera.
Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata siasatan dan laporan akhir itu perlu disiapkan segera untuk memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.
Beliau berkata KSM turut mengingatkan majikan agar sentiasa bertanggungjawab mengawal risiko di tempat kerja bagi memastikan kawasan persekitaran di tempat kerja adalah selamat.
"Saya telah arahkan agensi KSM untuk menyiapkan siasatan segera, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kedua-dua negeri telah turun serta-merta di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan notis berkaitan juga telah diberikan.
"Siasatan dan laporan akhir kita telah arahkan untuk dipercepatkan agar dapat beri keadilan kepada mangsa, mungkin dalam seminggu dua ini ia dapat disiapkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Ziarah Prihatin di Taman Sri Pinang, di sini hari ini.
Sim meluangkan masa menziarahi keluarga pekerja penyelenggara lif, R. Tinesh Kumar, 28, yang maut selepas kepalanya tersepit di lif yang sedang dibaiki di sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma, Selasa lepas.
Pada Rabu pula, seorang pekerja kilang di Banting, Nur Ahmad Yusoff Muei, 22, maut selepas terjatuh dari tempat tinggi ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kilang kitar semula.
Dalam pada itu, Sim berkata nasib keluarga mendiang Tinesh Kumar terbela apabila mereka layak menerima faedah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Menurutnya semakan rekod caruman melayakkan waris mendiang menerima bayaran berkala Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) hingga RM2,000 secara sekali bayar.
''Mendiang belum berkahwin, justeru faedah berkenaan akan diberikan kepada bapa, N.Ramachandran, 54, dan ibunya, R.Saraswaty, 51. Mereka akan menerima bayaran FOT untuk sepanjang hayat,'' katanya.
Sementara itu, Ramachandran berkata mendiang Tinesh Kumar merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan telah tiga tahun bekerja di syarikat penyelenggara lif tersebut.
''Kami sekeluarga sangat terasa dengan kehilangan Tinesh kerana dia seorang anak yang baik. Saya terima kejadian yang menimpa anak saya itu walaupun sangat perit... kami juga mengucapkan terima kasih kepada PERKESO kerana tmembantu kami,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2023

Steven Sim Chee Keong berkata siasatan dan laporan akhir itu perlu disiapkan segera untuk memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Kemalangan maut di tempat kerja, KSM arah laporan penuh disiapkan segera
Steven Sim Chee Keong berkata siasatan dan laporan akhir itu perlu disiapkan segera untuk memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.