MARAN: Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan sebanyak 48.77 peratus sehingga kini, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Ketua Setiausaha Negara itu juga berkata perkembangan tersebut selaras dengan pembangunan projek itu dari Kota Bharu, Kelantan hingga Terminal Bersepadu Gombak, Selangor yang dijangka siap pada Disember 2026, sekali gus membolehkan perkhidmatan ECRL beroperasi pada Januari 2027.
"Saya ingin memaklumkan juga bahawa kadar kemajuan yang memberangsangkan bagi projek ini bukan sahaja tertumpu kepada kerja-kerja infrastruktur dan pembinaan projek mega itu malah meliputi penglibatan syarikat tempatan dalam pelaksanaan ECRL.
"Projek ini telah menyaksikan penglibatan lebih kurang 2,700 syarikat tempatan yang terdiri daripada kontraktor, perunding dan pembekal dari tahun 2017 hingga suku pertama tahun ini.
"Nilai kontrak yang melibatkan syarikat tempatan dalam kerja projek ECRL telah mencecah sekitar RM12 bilion sekali gus mengatasi sasaran RM10.8 billion yang disasarkan bagi kerja sivil projek ini," katanya ketika berucap pada Majlis Penembusan Terowong di Kampung Gedung Siam 3, di sini hari ini.
Mohd Zuki berkata bagi penglibatan kontraktor bumiputera pula, sejumlah RM2.3 bilion atau 66 peratus daripada sasaran RM3.5 bilion kerja sivil ECRL telah diberikan kepada subkontraktor dan pembekal bumiputera.
Beliau berkata kerja pembinaan projek pengangkutan nasional itu sedang giat dijalankan melibatkan lebih 21,000 tenaga kerja di lebih 1,600 tapak kerja di sepanjang jajaran.
Menyentuh mengenai pembinaan terowong di Kampung Gedung Siam 3 sepanjang 1.32 kilometer (km) yang kerja infrastrukturnya dijangka siap sepenuhnya pada April 2024 itu, beliau berkata ia telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual menggunakan kaedah penggerudian dan letupan.
Dengan purata ketinggian sebanyak 13.47 meter dan kelebaran 13.02 meter, terowong itu dibina bagi membolehkan laluan kereta api ECRL memenuhi tahap maksimum kecerunan 0.74 peratus serta bagi tujuan mengelakkan penebangan terbuka di kawasan kampung.
Sehingga kini, kerja-kerja pengorekan 25 daripada 40 terowong yang ditetapkan dalam pembinaan ECRL telah berjaya ditembusi termasuk 21 terowong di Seksyen A (Kota Bharu - Dungun) dan Seksyen B (Dungun - Mentakab) manakala empat di Seksyen C (Mentakab - Pelabuhan Klang).
Selain itu, beliau memaklumkan pemasangan jambatan bagi lima lokasi di jajaran ECRL Seksyen A dan Seksyen B telah dilaksanakan sepenuhnya.
Projek ECRL merangkumi rangkaian rel sepanjang 665 km yang akan merentasi negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Mohd Zuki berkata kerja pembinaan projek pengangkutan nasional itu sedang giat dijalankan melibatkan lebih 21,000 tenaga kerja di lebih 1,600 tapak kerja di sepanjang jajaran. - Gambar fail

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.

Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.

Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).