KUALA LUMPUR: Siswazah dengan kemahiran teknikal mengikut standard industri semasa lebih mudah untuk menempatkan diri dalam sektor tenaga kerja yang kini menyaksikan persaingan sengit, kata pakar sumber manusia.
Ketua Pegawai Eksekutif GKK Consultants Sdn Bhd Dr Gajendra Balasingham berkata ini akan membuatkan golongan berkenaan yang memiliki kepakaran dan pengetahuan dalam bidang perniagaan serta pendidikan memiliki kebolehpasaran yang tinggi.
"Ia lebih-lebih lagi apabila syarikat mahukan tenaga kerja yang mampu bekerja tanpa perlu banyak pengawasan bermula daripada hari pertama bekerja lagi," katanya kepada Bernama pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara GKK dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.
Menerusi MoU ini, GKK akan melatih serta mempersiapkan siswazah UniMAP dengan pengetahuan dan kemahiran berinteraksi dalam sektor tenaga kerjaya yang semakin mendesak kini.
Sementara itu, Naib Canselor UniMAP Profesor Dr Zaliman Sauli berkata universiti itu merancang untuk memberi tumpuan secara menyeluruh kepada kebolehpasaran siswazah sekali gus akan meningkatkan peluang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
"Pertamanya kita akan bermula dengan siswazah muda daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrikal dan Teknologi. Mereka akan dipersiapkan dengan pengetahuan menyeluruh dan kemahiran mendalam yang diperlukan dalam bidang yang spesifik. Ini bagi memenuhi tuntutan dan kebolehpasaran tenaga kerja hari ini," katanya.
Menjadi harapan UniMAP untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi yang dapat memenuhi dan menyokong Pelan Induk Perindustrian Negara.
Berkerjasama rapat dengan Kementerian Pengajian Tinggi, matlamat GKK dan UniMAP adalah untuk melahirkan golongan profesional yang kuat dan berkemahiran sekali gus dapat memenuhi permintaan tenaga kerja Malaysia serta keperluan spesifik dalam industri terpilih.
Kumpulan pertama yang akan dilatih iaitu kira-kira 50 orang, akan memulakan sesi mereka tidak lama lagi.
"Selalunya, siswazah muda ini kurang pengalaman yang diperlukan, sedangkan kebanyakan majikan tidak mempunyai sumber, masa atau skim pengurusan latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerja mereka," kata Gajendra.
Latihan dan persediaan seumpama itu penting untuk mengurangkan kadar penggangguran 3.9 peratus atau 649,000 pada Mei lepas mengikut perangkaan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bagaimanapun, mengikut perangkaan terbaharu oleh Trading Economic kadar penggangguran di negara ini mencatatkan penurunan yang memberangsangkan iaitu 3.7 peratus pada Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2022

Para pelajar GiatMara yang mengambil kursus Automotif tidak melepaskan peluang untuk melihat enjin CamPro dari dekat. - Foto fail/BERNAMA

Pulau Pinang telah kemuka nama calon TYT baharu - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah mengemukakan senarai nama calon Yang Dipertua Negeri yang baharu kepada Pejabat Perdana Menteri bagi pertimbangan Yang di-Pertuan Agong.
Perang dagang tidak halang pertumbuhan sektor teknologi
Sektor teknologi diramal masih mampu berkembang kukuh, walaupun wujud ketidaktentuan susulan perang dagang amerika syarikat dan china, kata penganalisis

Kes Syed Saddiq: 'Saya hadir sebagai seorang sahabat' - Bella Astilah
Bella Astilah akan hadir ke Mahkamah Rayuan mengikuti prosiding kes membabitkan Syed Saddiq.
TNB terus kekal sebagai pelaburan stabil
Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilihat sebagai pelaburan stabil berikutan daya tahan pendapatannya selain penilaian yang sederhana di sebalik ketidaktentuan pasaran

Lelaki warga India lemas di Tasik Dayang Bunting
Operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan BBP Langkawi.

Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung turun tiga sen
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Syarikat OGSE perlu jalin kersama strategik sesama mereka
Ada keperluan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia, menjalin kerjasama strategik sesama mereka

Boling: Muhammad Hafiz sedia pertahan gelaran di Terbuka Malaysia 2025
Muhammad Hafiz menganggap usahanya untuk mempertahankan gelaran dalam Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2025, sebagai pertarungan antara dirinya dan jatuhan pin.
Sektor Perdagangan Runcit Meningkat 8.2% pada Januari 2025
Pada Januari 2025, sektor perdagangan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 8.2% tahun ke tahun, mencerminkan permulaan yang positif untuk tahun ini. Peningkatan perbelanjaan dalam kategori makanan, minuman, tembakau, dan kedai bukan khusus menjadi pendorong utama, meskipun ada penyesuaian dasar seperti harga diesel yang lebih tinggi. MIDF Research optimis terhadap daya beli pengguna, yang didorong oleh kestabilan pasaran pekerjaan dan sokongan dasar kerajaan. Selain itu, sektor pelancongan yang berkembang pesat dan peningkatan kedatangan pelancong antarabangsa memberikan potensi besar untuk perniagaan berfokuskan pengguna.
AI, E-Dagang pacu kestabilan sektor logistik domestic
Sektor logistik domestik dijangka kekal stabil pada 2025, dengan dipacu pertumbuhan E-Dagang dan kitaran menaik teknologi global yang dipacu permintaan kecerdasan buatan (AI)

Kemahiran teknikal mengikut standard industri tingkatkan kebolehpasaran siswazah
Latihan dan persediaan seumpama itu penting untuk mengurangkan kadar penggangguran 3.9 peratus atau 649,000 pada Mei lepas.