Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menafikan pihaknya tidak mengikut prosedur berhubung kelulusan pemberian permit pengimportan keratan ayam untuk tujuan pemprosesan tambah nilai.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata kelulusan permit import hanya diberikan kepada syarikat pengusaha produk tambah nilai hasilan ayam yang telah mematuhi prosedur ditetapkan JPV, antaranya memiliki loji dan kilang bagi memproses keratan ayam tersebut untuk dijadikan produk hiliran lain seperti burger dan sosej.
Beliau berkata pemohon yang memenuhi syarat ditetapkan kemudiannya akan dirujuk kepada jawatankuasa di peringkat jabatan dan kementerian sebelum dibawa kepada perhatian Ketua Setiausaha Kementerian untuk tindakan lanjut.
"Berdasarkan syor jawatankuasa tersebut yang terlebih dahulu turun membuat tinjauan di lapangan, Ketua Setiausaha Kementerian akan membuat keputusan sama ada permohonan itu diluluskan atau ditolak," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu yang dikesan disebarkan melalui media sosial sejak minggu lalu yang antara lain mendakwa JPV tidak telus, hanya memberi permit import kepada syarikat tertentu dan terdapat syarikat diberikan kuota berlebihan.
Quaza Nizamuddin berkata semua proses tapisan permohonan dibuat secara ketat dan teliti termasuk mengenal pasti kemampuan pemohon dalam memproses keratan ayam selain berikrar keratan ayam tersebut hanya untuk kegunaan pengusaha itu sendiri sahaja.
Beliau berkata pihaknya amat tegas dalam soal itu yang satu syarikat telah ditarik lesen import tahun lepas setelah didapati menjual keratan ayam yang diimport di pasaran terbuka.
Quaza Nizamuddin berkata syarikat yang diberikan permit import hanya dibenarkan mengimport 50 peratus keperluan keratan ayam dari luar negara manakala selebihnya perlu menggunakan ayam keluaran tempatan.
Beliau berkata industri pengimportan keratan ayam bagi keperluan sektor hiliran seperti penghasilan sosej, burger dan nuget sentiasa meningkat berdasarkan permintaan tinggi pasaran domestik dan antarabangsa.
Untuk tahun lepas, negara mengimport keratan ayam dengan nilai RM468 juta dan setelah ditambah nilai, ia mendatangkan pulangan sehingga RM730 juta, katanya dan menambah sehingga kini 62 syarikat diberikan permit import daripada 138 yang memohon.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 02 2019

Industri pengimportan keratan ayam bagi keperluan sektor hiliran seperti penghasilan sosej, burger dan nuget sentiasa meningkat berdasarkan permintaan tinggi pasaran domestik dan antarabangsa. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.

Penganiayaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.

Malaysia diminta tangguh sementara eksport produk sarang burung walet ke China
Keputusan itu selaras dengan Protokol bagi Eksport Produk Sarang Burung dari Malaysia ke China.

DVS bangunkan aplikasi MyFeed tingkatkan pengeluaran daging, susu
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) membangunkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai MyFeed bagi mengira dan merancang 'ration' atau catuan makanan harian yang lengkap untuk haiwan ternakan.

Mewarna anak ayam tidak dikategori sebagai penganiayaan haiwan - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan perkara itu termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Mahkamah tetap 19 Ogos dengar kes dera anjing ‘Husky’
Kertas siasatan berhubung kes dera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang sudah pun lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Malaysia bebas penyakit anthrax - Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini mengesahkan tiada sebarang laporan penyakit anthrax di Malaysia ketika ini.

15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu.

Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.