Dua keluarga Orang Asli yang identiti mayat anak mereka disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas ditemui di tebing Sungai Perias, Pos Tohoi di sini, menerima dengan hati terbuka keputusan itu.
Mereka kini menunggu kebenaran daripada polis untuk menuntut mayat Ika Ayel, 9, dan Juvina David, 7, di Hospital Gua Musang bagi dikebumikan.
Bapa Ika, Ayel Ajed, 48, berkata mayat anaknya telah dicam olehnya selepas penemuan itu tetapi terpaksa menunggu keputusan ujian DNA untuk pengesahan.
“Kalau boleh pada hari mayat anak saya ditemui lagi saya mahu membuat tuntutan itu tetapi perlu ikut peraturan dan menunggu ujian DNA,” katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.
David Kuasan, 32, pula berkata sebagai bapa dia tetap menyayangi Juvina walaupun hanya tinggal rangkanya sahaja yang ditemui.
Beliau menerima keputusan ujian DNA berkenaan dengan hati terbuka namun sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.
Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi dilapor melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.
Mereka ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.
Setelah hampir 50 hari hilang, Miksudiar dan Norieen ditemui selamat manakala pihak berkuasa turut menemui dua mayat dan dua rangka kanak-kanak pada awal bulan ini.
Seorang lagi mangsa daripada kumpulan kanak-kanak itu masih hilang dan misi pencarian masih diteruskan.
Bernama
Fri Oct 16 2015

David Kuasan berkata sebagai bapa dia tetap menyayangi Juvina walaupun hanya tinggal rangkanya sahaja yang ditemui. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Keluarga terima keputusan ujian DNA dengan hati terbuka
Mereka kini menunggu kebenaran daripada polis untuk menuntut mayat Ika Ayel, 9, dan Juvina David, 7, di Hospital Gua Musang bagi dikebumikan.