Sebuah ganjaran bernilai 500,000 rupee Nepal (kira-kira RM18,000) telah ditawarkan oleh keluarga seorang pendaki Malaysia yang hilang sewaktu menyertai pendakian sirkit kembara Annapurna, Dennis Lee Thian Poh.
Nilai ganjaran yang telah dihebahkan dalam media tempatan di Nepal itu ditawarkan kepada sebarang individu atau kumpulan yang dapat membantu menemukan Dennis, 48, yang hilang sejak 5 April lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar Malaysia dan Kedutaan Malaysia di Kathmandu berkata mereka menjalin kerjasama erat dengan pihak berkuasa Nepal dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menurut kenyataan itu, beberapa mesyuarat telah dijalankan dengan pihak berkuasa Nepal dan Kedutaan Malaysia memberikan sokongan penuh dalam usaha mencari Dennis.
BACA: Pendaki hilang: Pasukan mencari bersiap-siap ke lokasi baharu
Sebelum ini, operasi SAR telah melibatkan sekumpulan tentera dan polis Nepal bersama anjing pengesan. Penduduk kampung di kawasan terdekat turut bersama-sama memberikan bantuan.
Pada 5 April lepas, Dennis telah menyertai pengembaraan tersebut bersama kumpulan pendaki dari Filipina namun dikatakan telah terpisah dari ahli kumpulan tersebut sebelum hilang.
Ahli kumpulannya hanya menyedari kehilangan Dennis di trek Khopra Danda di kawasan Ghorepani pada hari Ahad iaitu hari pertama pendakian.
BACA: Lebih ramai penduduk kampung sertai operasi mencari Dennis Lee.
BACA: Keluarga rayu penjejak berpengalaman bantu dalam operasi SAR
Astro Awani
Tue Apr 21 2015
Kementerian Luar Malaysia dam Kedutaan Malaysia di Kathmandu berkata mereka menjalin kerjasama erat dengan pihak berkuasa Nepal dalam operasi SAR. - Foto sumber Facebook Dennis Lee
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Keluarga tawar ganjaran RM18,000 untuk cari Dennis Lee
Nilai ganjaran itu telah dihebahkan dalam media tempatan untuk ditawarkan kepada sebarang individu atau kumpulan yang dapat menemukan Dennis.
Pendaki hilang: Pasukan mencari bersiap-siap ke lokasi baharu
Pasukan mencari dan menyelamat pendaki Malaysia yang hilang Dennis Lee Thian Poh di Barat Nepal kini bersiap sedia untuk bergerak ke lokasi baharu berhampiran.
Lebih ramai penduduk kampung sertai operasi mencari Dennis Lee - kedutaan
Lebih ramai penduduk tempatan dan pengembara menyertai operasi mencari pengembara warga Malaysia yang hilang semasa melakukan pengembaraan di Nepal.