Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja lelaki yang mati terkena tembakan seorang anggota polis enam tahun lepas, hari ini menerima ganti rugi berjumlah RM414,800 selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan tuntutan saman yang dikemukakan mereka terhadap polis dan kerajaan.
Dalam saman itu, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 67, dan kakak sulung Aminulrasyid, Nor Azura, 46, selaku plaintif menamakan Koperal Jenain Subi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Saman sivil itu difailkan bagi menuntut ganti rugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memerintahkan keluarga Aminulrasyid dibayar pampasan sebanyak RM150,000 bagi kesakitan dan penderitaan, RM150,000 sebagai ganti rugi teruk dan teladan, RM10,000 bagi perkabungan, RM4,800 bagi kos pengebumian dan RM100,000 bagi salah laku kepada masyarakat umum.
Selain itu, Ahmad Zaidi turut memerintahkan kesemua defendan membayar kos berjumlah RM50,000 kepada plaintif.
Dalam penghakimannya, Ahmad Zaidi berkata pihak plaintif berjaya membuktikan bahawa Jenain merupakan anggota polis yang melepaskan tembakan ke arah kereta dinaiki Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di
sini pada pagi 26 April 2010.
"Kita sedia maklum bahawa memang anggota polis diberi kuasa untuk ambil tindakan cegah jenayah dan sebab itu mereka dibekalkan dengan senjata. Kita tidak mempertikai perkara itu tetapi semua kuasa ada hadnya, bagaimana ia (senjata) digunakan.
"Jadi dalam kes ini, tindakan polis adalah terikat dengan IGPSO (Perintah Tetap Ketua Polis Negara) dalam keadaan manakah mereka dibenarkan untuk lepaskan tembakan.
"Dalam keterangannya, defendan pertama (Jenain) memberitahu tujuan beliau lepaskan tembakan adalah untuk berhentikan kereta BET 5023 (yang dinaiki Aminulrasyid) kerana cara pemanduan yang berbahaya. Dalam kes ini adakah semasa di Jalan Tarian mewajarkan defendan pertama untuk tembak?
"Dalam keadaan jalan yang lengang antara 1 dan 2 pagi, di kawasan perumahan, dalam keadaan Aminulrasyid cuba lari dari polis dan tiada tembakan balas. Dalam keadaan ini, saya berpendapat defendan pertama bertindak
berlebihan, cuai dan melulu serta melanggar IGPSO apabila melepaskan tembakan," katanya.
Mengenai tuntutan terhadap defendan ketiga (Khalid), Ahmad Zaidi berkata pihak plaintif telah memanggil wartawan yang melaporkan sidang akhbar oleh defendan ketiga untuk memberi keterangan dan pihak plaintif juga telah memberi notis kepada Khalid, namun pihak defendan memilih untuk tidak memanggil bekas Ketua Polis Selangor itu memberi keterangan.
Menurutnya dalam keadaan itu, beliau mendapati keterangan wartawan berhubung sidang akhbar berkenaan juga dapat dibuktikan.
"Mahkamah dapati plaintif berjaya buktikan tindakan defendan ketiga dalam memberikan sidang akhbar adalah bertujuan untuk cuba menutup kesalahan dilakukan oleh defendan pertama. Defendan ketiga cuba cakap bahawa anggotanya mempunyai alasan kuat untuk menembak Aminulrasyid sebab dia seorang yang dikaitkan dengan jenayah berikutan penemuan parang dalam kereta dinaiki Aminulrasyid.
"Bagaimanapun, tidak dibuktikan bagaimana parang itu ada, apa tujuan dikatakan ada senjata, kalau ia (parang) tiada? Justeru, plaintif telah buktikan wujudnya salah laku kepada masyarakat umum," katanya.
Keluarga Aminulrasyid diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya manakala peguam Zulkifly Omar mewakili Jenain dan Peguam Persekutuan Norhasmanita Abdul Manap mewakili defendan-defendan lain.
Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepaskan dan membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika mengejarnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.
Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Jenain tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja berumur 15 tahun itu dengan tujuan menghentikannya.
Sementara itu, Norsiah yang ditemani Nor Azura ketika ditemui pemberita berkata keputusan mahkamah hari ini telah membersihkan nama Aminulrasyid sepenuhnya.
"Nama anak saya telah dibersihkan...tiada lagi cacian, umpat dan keji. Saya bersyukur doa saya dimakbulkan Allah," katanya sebak.
Bernama
Thu Mar 24 2016
![Keluarga Aminulrasyid terima ganti rugi RM414,800 Keluarga Aminulrasyid terima ganti rugi RM414,800](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81458828814_Aminulrashid.jpg)
Keluarga Aminulrasyid Amzah (gambar) terima ganti rugi RM414,800. -Gambar fail
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Khalid arahkan Tony Pua disiasat berhubung tweet kes Aminulrasyid Khalid arahkan Tony Pua disiasat berhubung tweet kes Aminulrasyid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61446182893_TonyPua.jpg)
Khalid arahkan Tony Pua disiasat berhubung tweet kes Aminulrasyid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tweet daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua tentang kes tersebut memutarbelitkan fakta dengan tujuan mengelirukan rakyat.
![Azmin lawat keluarga Allahyarham Aminulrasyid ditembak Azmin lawat keluarga Allahyarham Aminulrasyid ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81458828814_Aminulrashid.jpg)
Azmin lawat keluarga Allahyarham Aminulrasyid ditembak
Menurut Mohamad Azmin, kunjungan ini bagi memberikan sokongan moral kepada keluarga berkenaan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan tuntutan ganti rugi selepas penantian hampir tiga
![Keluarga Aminulrasyid terima ganti rugi RM414,800 Keluarga Aminulrasyid terima ganti rugi RM414,800](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81458828814_Aminulrashid.jpg)
Keluarga Aminulrasyid terima ganti rugi RM414,800
Saman sivil itu difailkan bagi menuntut ganti rugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain.
![Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan Koperal Jenain Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan Koperal Jenain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/71385482978_295x200.jpg)
Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan Koperal Jenain
Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan mengakibatkan kematian pelajar 15 tahun, Aminulrasyid Amzah.