BENTONG: Seorang kelindan maut selepas lori dinaikinya terbabas di Kilometer (KM) 96.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Karak ke Lanchang pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Alif Roslan, 23, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori yang berusia 38 mengalami kecederaan ringan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak, Penolong Penguasa Bomba, Suhairul Ibrahim berkata, seramai empat anggota dan seorang pegawai bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.
Menurutnya, kejadian itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang terbabas dan terbalik di bahu jalan.
"Seorang mangsa lelaki dewasa telah dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan ringan, manakala kelindan lori itu tersepit di tempat duduk penumpang dan tidak sedarkan diri.
"Anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan pemotong penyelamat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Lanchang.
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 25 2021

Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori terbabit. -Foto ihsan Bomba
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Lelaki maut kereta kemalangan dengan treler muatan besi
Seorang lelaki berusia 23 tahun didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suami maut, isteri cedera kemalangan libat tiga kenderaan
Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah treler.

BBP Ayer Hitam jadi RFB jika berlaku banjir besar di Johor - Pengarah
Siti Rohani berkata itu antara cadangan pihaknya dalam usaha menghadapi pelbagai kemungkinan ketika banjir khususnya pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Empat rumah kedai musnah terbakar
Kebakaran melibatkan empat unit rumah kedai dengan anggaran keluasan keseluruhan 80 x 80 kaki telah musnah sebanyak 90 peratus.

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar
Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.

Seorang tidak sedarkan diri, 4 selamat terhidu gas beracun
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri, manakala empat lagi rakannya segera dikejarkan ke hospital.

Polis sahkan kes remaja maut terjatuh dalam longkang tiada unsur jenayah
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah membabitkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar di Taman Ungku Aminah, Skudai di sini, semalam.

Bomba hantar makanan kepada Orang Asli terperangkap banjir di Rompin
JBPM menggunakan helikopter bagi penghantaran bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli yang terperangkap akibat banjir, di tiga kampung di Rompin, pada Sabtu.

Kelindan maut tersepit dalam lori
Mangsa, Muhammad Alif Roslan, 23, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori yang berusia 38 mengalami kecederaan ringan.

Remaja perempuan maut, adik 3 tahun cedera dalam kebakaran
Siasatan awal mendapati ibu bapa mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar bekerja.