KUALA LUMPUR: Isu kelewatan tren komuter kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Lembah Klang hanyalah bersifat sementara dan perkhidmatan itu tidak wajar dianggap sudah semakin kurang popular, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata masalah itu akan dapat diselesaikan sebaik sahaja projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 1 (KVDT1) siap sepenuhnya.
"Memang terdapat masalah perkhidmatan disebabkan pembinaan dan penaiktarafan landasan berkembar kita yang masih lagi berjalan dan ini beri kesan kepada operasi terutama kekerapan tren sedia ada dan sudah tentu jangka masa (menunggu) di stesen lebih lama, itu sebab ramai yang mengeluh.
"Kita akan terus berbincang dengan KTMB untuk melihat bagaimana untuk menambah kekerapan tren bagi mengatasi cabaran operasi ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Perjanjian Bersama Ke-10 KTMB dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dan Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan.
Beliau turut merujuk kepada Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang popular sehingga ramai mengeluh kerana tidak dapat membeli tiket.
"Jadi tak tepat mengatakan perkhidmatan KTMB tidak popular. Isu ini ia cuma melibatkan satu sektor sahaja iaitu komuter Lembah Klang sebab ada masalah operasi dan kita akui masalah ini," katanya.
Terdahulu, perjanjian bersama itu antara lain mengandungi cadangan pelarasan gaji membabitkan kakitangan KTMB serta nilai tambah kemudahan dan faedah sedia ada kepada ahli kesatuan serta kakitangan dan ia telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 13 Jan lepas.
BACA: Setiap stesen KTMB mesti dilengkapi lif dalam masa setahun - Anthony Loke
Mohd Rani dalam ucapannya berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan pelarasan gaji sebanyak 12 peratus kepada semua kakitangan bukan eksekutif gred 9 dan 10 manakala pelarasan gaji sebanyak 15 peratus bagi kakitangan gred 11 dan 12.
"Kita amat bersyukur dengan adanya pelarasan gaji ini akan memberi suntikan semangat untuk semua peringkat kakitangan bukan eksekutif bagi meningkatkan prestasi kerja serta menyumbang tenaga dalam merealisasikan pelaksanaan pelan dan aktiviti transformasi syarikat.
"Kementerian Kewangan juga telah bersetuju meluluskan beberapa lagi nilai tambah kepada kemudahan dan faedah sedia ada yang telah dinikmati oleh semua ahli kesatuan dan kakitangan berjawatan bukan eksekutif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian bersama ke-10 antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (KPPKTMB) di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Menteri Ekonomi ASEAN kolektif kerjasama dengan AS
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menegaskan persetujuan untuk bekerjasama secara kolektif dan mengekalkan pendekatan keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Amerika Syarikat.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
FGV sasar capai margin keuntungan lebih baik
FGV Holdings Bhd menyasarkan untuk mencapai margin keuntungan yang lebih baik pada separuh pertama tahun 2025 susulan bekalan yang terhad dan permintaan tinggi sempena musim perayaan yang dijangka mengekalkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada paras tinggi.
18 keutamaan ekonomi dipersetujui negara anggota
ASEAN mencapai persetujuan terhadap sembilan daripada 18 PED yang ditetapkan Malaysia setakat ini.
Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang isbat yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.

Kelewatan komuter Lembah Klang bersifat sementara, bukan kurang popular - Anthony Loke
Loke berkata masalah itu akan dapat diselesaikan sebaik sahaja projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 1 (KVDT1) siap sepenuhnya.