Kelantan menyasarkan untuk menjadi antara pengeluar pokok Eucalyptus di dalam negara selepas ia mula ditanam secara komersial di kawasan hulu Kelantan bagi menggantikan pokok balak yang ditebang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri mula mencuba menanam pokok berkenaan kira-kira dua tahun lepas di kawasan seluas 30 hektar di Hutan Simpan Sungai Betis di sini, sebelum memperoleh hasil pertama yang dijangka dikutip pada 2025.
"Pada projek perintis ini, kita telah menanam 21,000 anak pokok di kawasan berkenaan dengan setiap sehektar boleh memuatkan kira-kira 700 batang pokok.
"Pokok Eucalyptus mempunyai tempoh matang tujuh tahun sahaja berbanding pokok balak yang mengambil masa sehingga 25 tahun. Ia juga mudah ditanam dan proses penjagaannya tidak rumit," katanya kepada pemberita selepas melawat petak kajian pokok Eucalyptus di Hutan Simpan Sungai Betis, Pos Brooke di sini, hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim dan ADUN Nenggiri Ab Aziz Yusof.
Mohd Amar berkata setiap sehektar tanaman itu mampu memberi keuntungan bersih sehingga RM40,000 dan ia selamat kepada alam semula jadi kerana tidak mengganggu ekosistem terutama aliran sungai.
"Penduduk di negeri ini yang mempunyai tanah kosong juga digalakkan untuk mengusahakan tanaman berkenaan kerana ia boleh memberi pulangan lumayan kepada mereka," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020
Mohd Amar bergambar di sesi salah satu pokok eucalyptus di di Hutan Simpan Sungai Betis, Pos Brooke. - Foto: Facebook Dato' Nik Amar
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Maqis rampas 45,000 anak pokok kayu putih cuba dibawa masuk dari China
Anak pokok kayu putih bernilai RM11,700 itu ditemui di dalam empat bagasi yang dibawa oleh seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 50-an.
Kelantan sasar jadi antara pengeluar pokok Eucalyptus dalam negara
Kerajaan negeri mula mencuba menanam pokok berkenaan kira-kira dua tahun lepas di kawasan seluas 30 hektar.
Dakwa rantai kayu putih boleh "bunuh" COVID-19, menteri Indonesia dikecam
Syahrul Yasin Limpo dilaporkan berkata rantai tersebut, jika dipakai untuk 30 minit, mampu "membunuh" kebanyakan koronavirus.