KUALA LUMPUR: Kajian daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mendapati Kerajaan Negeri Kelantan, Sarawak, Pahang dan Kedah merupakan negeri yang tidak menyediakan maklumat mencukupi berhubung Bajet Negeri kepada umum.
Kajian dilakukan pada Ogos 2021 hingga Februari 2022 itu juga mendapati Pulau Pinang, Perlis dan Melaka mendapat skor rendah, masih menyediakan dokumen kepada orang awam namun tidak begitu lengkap.
Kajian sama juga mendapati Terengganu merupakan negeri yang paling terbuka, berkongsi semua maklumat mencukupi termasuk empat dokumen penting, cadangan Belanjawan Eksekutif, Bajet Yang Digubal, Laporan Akhir Tahun dan Laporan Audit.
Sementara itu, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak juga mencatatkan skor tinggi dengan menyediakan sekurang-kurangnya tiga dokumen untuk rakyat.
Kajian tersebut diadaptasi daripada Open Budget Survey Indicators dengan skor diberi dari skala kosong hingga 100 dengan markah lebih tinggi jika lebih banyak maklumat dikongsi kepada orang awam.
“Tahniah kepada negeri Terengganu kerana berjaya (terbuka dalam kongsi maklumat). Saya berharap ini akan memberi lebih banyak inspirasi kepada kerajaan negeri Terengganu untuk melakukan lebih baik.
“Sudah tentu harapan sama juga disandarkan kepada Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor dan Sabah. Negeri Kedah, Sarawak, Kelantan dan Pahang jelas perlu melakukan yang lebih baik dari segi apa yang mereka dedahkan termasuk Melaka, Perlis dan Pulau Pinang.
“Ini adalah sesuatu yang mungkin ingin diambil perhatian oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana mereka kerap bercakap tentang prinsip CAT (Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan).
“Pastinya ini adalah antara perkara yang kerajaan negeri Pulau Pinang patut perbaiki,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh.
Beliau berkata demikian dalam “IDEAS Webinar & Website Launch: Towards Transparent and Accountable State Governments” pada Jumaat.
Tambah Tricia, kerajaan negeri selepas ini juga perlu diberikan lebih kuasa dan autonomi terutamanya berkaitan perkara yang boleh mendatangkan pendapatan kepada mereka.
“Jika negeri diberi kuasa yang lebih besar, ia perlu digandingkan dengan ketelusan juga.
“Lebih banyak kuasa anda berikan kepada negeri, lebih banyak autonomi anda berikan kepada negeri, kita perlu memberi tekanan kepada negeri untuk meningkatkan ketelusan mereka.
“Akauntabiliti yang lebih besar, autonomi yang lebih besar mesti disertakan dengan ketelusan yang lebih besar,” ujarnya.
Astro Awani
Fri Jul 22 2022
Kajian daripada IDEAS mendapati Kerajaan Negeri Kelantan, Sarawak, Pahang dan Kedah merupakan negeri yang tidak menyediakan maklumat mencukupi berhubung Bajet Negeri kepada umum.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Hak kanak-kanak pelarian, pencari suaka dapatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan perlu dilindungi
Hak mendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan adalah antara dua hak asasi kanak-kanak.
COVID-19: Sistem pendidikan perlu lebih bersedia untuk krisis di masa hadapan - IDEAS
Pelan tindakan krisis perlu diformulasikan supaya sistem pendidikan lebih bersedia sekiranya ada lagi kecemasan atau krisis di masa hadapan.
Edarkan peranti elektronik kepada pelajar, tingkatkan PnP melalui televisyen - IDEAS
Lanjutan PKP akan mengakibatkan penutupan sekolah lebih lama, dan memberi impak besar kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
COVID-19: Tingkatkan akses pendidikan kepada pelajar miskin, orang Asli dan pelajar OKU - IDEAS
Menteri Kanan Dr Mohd Radzi Md Jidin dilaporkan berkata, 36.9 peratus murid di seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti elektronik.
#MalaysiaMemilih: Berita sebelah pihak semakin tidak diterima dunia
Media yang hanya menulis berdasarkan satu sumber mungkin hanya memperoleh 25 peratus daripada keseluruhan audien.
Whistleblower: Defisit kepercayaan halang masyarakat salur maklumat - Wan Saiful
Kepercayaan rakyat terhadap badan-badan ini semakin menghakis kerana mereka berasakan ada campur tangan unsur-unsur politik dalam badan ini.
Mampukah Parti Islamik Baharu akhiri polemik golongan konservatif dan progresif PAS?
Tindakan menubuhkan parti baharu oleh kumpulan progresif atau G18 yang tewas dalam muktamar PAS baru-baru ini dilihat sebagai satu langkah yang baik.
Pakatan baharu: Apakah jaminan ia tak akan terkubur juga?
Pakatan baharu perlu dilihat sebagai sebuah pakatan yang tidak bersifat 'ad hoc' atau ia akan terkubur seperti Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Cadangan Azmin sebagai MB oleh PAS tindakan yang betul - Wan Saiful IDEAS
Katanya Azmin merupakan calon yang lebih sesuai kerana jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, banyak persoalan akan timbul.
Kenaikan gaji ADUN Selangor adalah wajar - Wan Saiful IDEAS
Pengarah Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata kenaikan gaji bagi ADUN Selangor adalah wajar supaya ia setara dengan tanggunjawab mereka.