KUALA LUMPUR: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencadangkan agar Kementerian Pendidikan (KPM) memberi keutamaan kepada graduan pendidikan bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara, seperti ditawarkan kementerian itu baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan calon pendidik terlatih dan telah mengikuti pelbagai latihan profesionalisme guru.
"Pelantikan graduan ISMP yang terlatih ini akan membantu pihak sekolah dan KPM dalam mencapai matlamat murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
"Selain kemahiran mendidik, graduan ISMP juga dilengkapi pelbagai kemahiran profesionalisme keguruan, komunikasi, penyelesaian masalah, teknologi IR 4.0, pengurusan malahan hubungan antarabangsa," kata Md Amin dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pelaksanaan pengambilan khas secara 'one-off' seramai 18,702 pendidik bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Md Amin berkata UPSI akan segera menghantar senarai nama graduan pendidikan dalam bidang yang disebutkan KPM selain meminta semua graduan ISMP agar segera mendaftarkan diri untuk mengisi kekosongan penempatan itu.
Sementara itu, Md Amin yang turut menjalankan fungi Naib Canselor UPSI, mencadangkan agar diwujudkan satu pangkalan data bersepadu di antara universiti awam yang menawarkan bidang pendidikan dan IPG dengan KPM.
"Kewujudan pangkalan data bersepadu ini akan menggalakkan pengisian perjawatan guru secara sistematik dan menepati unjuran," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
UPSI mencadangkan agar KPM memberi keutamaan kepada graduan pendidikan bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Kekosongan jawatan guru: Utamakan graduan pendidikan - UPSI
UPSI mencadangkan agar KPM memberi keutamaan kepada graduan pendidikan bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Utamakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan- NUTP
Presidenya Aminuddin Awang berkata ini kerana mereka yang berlatar belakangkan Pendidikan telahpun diuji tahap kemahiranya berbanding granduan lain.