KOTA BHARU: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor berikutan kematian penyandangnya Md Yusnan Yusof hari ini, akan diisytiharkan selepas sijil kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diperoleh.
Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub berkata setakat ini beliau belum memperoleh sijil kematian itu dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada SPR selepas menerima sijil berkenaan.
"Saya akan menghubungi SPR mengenai kematian Adun Melor, Md Yusnan Yusof. Sebaik dimaklumkan barulah pengisytiharan kekosongan kerusi bagi DUN itu akan saya lakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
BACA: ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia
Md Yusnan meninggal dunia di rumahnya di Melor, di sini, selepas mengalami serangan jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir 2.28 pagi tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Romaini Mat Daud, 52 dan enam orang anak.
Md Yusnan memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilhan Raya Umum ke-13 dan ke-14.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021

Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub (gambar) berkata setakat ini beliau belum memperoleh sijil kematian itu dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada SPR selepas menerima sijil berkenaan. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Kekosongan DUN Melor akan diisytihar selepas sijil kematian diperoleh - Speaker DUN
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor berikutan kematian penyandangnya Md Yusnan Yusof hari ini, akan diisytiharkan selepas sijil kematian diperoleh.