KUALA LUMPUR: Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (iKAF) dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) menghantar 15 lori dan trak bantuan kemanusiaan ke sempadan Rafah hari ini bagi membantu meringankan beban rakyat Palestin terjejas akibat perang di Gaza.
Lori dan trak bantuan itu, yang dihantar melalui Misi Kemanusiaan Insani 4 Palestin (i4P) iKAF membawa bantuan kecemasan termasuk 30 tan air minuman, 5,000 selimut tebal serta 1,000 tilam.
Kumpulan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Pengerusinya, Datuk Fathul Bari Mat Jahya turut memeriksa barang-barang bantuan tersebut, yang dihantar dari Kaherah ke Gudang ERC di Ismailia, Mesir sebelum dihantar ke sempadan Rafah.
"Kami ambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Mesir, khususnya ERC iaitu badan berautoriti untuk membawa apa jua sumbangan sampai ke Gaza, insya-Allah.
“Kita berharap dipermudahkan segala urusan dan perjalanan agar saudara-saudara kita di Gaza akan dapat bantuan ini," katanya dalam kenyataan tersebut pada Ahad.
Selain itu, iKAF menambah, pasukan sukarelawan i4P yang tiba di Kaherah sejak Isnin lalu turut menghantar bantuan ubat-ubatan ke Gaza.
Terdahulu, sukarelawan i4P mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif ERC, Dr Ramy El Nazer dan wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin sebelum memutuskan jenis dan jumlah bantuan kecemasan untuk disalurkan ke Gaza.
Gaza kini dikepung dan diserang rejim Zionis Israel, yang menyaksikan 2.3 juta penduduknya dalam keadaan kritikal dan kebuluran ketika gencatan senjata masih belum dicapai sejak perang bermula 7 Oktober lalu.
Media antarabangsa melaporkan, angka korban rakyat Palestin di Gaza meningkat lebih 12,000 orang dengan 5,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Astro Awani
Sun Nov 19 2023

Antara lori yang dihantar melalui Misi Kemanusiaan Insani 4 Palestin (i4P) iKAF, untuk membawa bantuan kecemasan termasuk 30 tan air minuman ke sempadan Rafah, hari ini. - Foto ihsan iKAF

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kekejaman Zionis: iKAF hantar 15 lori, trak bantuan ke sempadan Rafah
Lori dan trak bantuan itu, yang dihantar melalui Misi Kemanusiaan Insani 4 Palestin (i4P) iKAF membawa bantuan kecemasan termasuk 30 tan air minuman, 5,000 selimut tebal serta 1,000 tilam.