Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari atas dakwaan merusuh dalam kejadian di Surau Austin Perdana, Jalan Austin Perdana pada 5 Mei lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar.
Tertuduh Toh Chai Eun, 29, Nor Hadzman Hashim, 45, Norfriandika Kusuma Irfandi, 22, Robert Anak Bajak, 36, Hazlan Masahat, 55 dan Muhamad Akhmarul Amir, 22 dituduh bersama-sama dalam satu kumpulan dengan tujuan bersama mendatangkan kecederaan dan melaksanakan tujuan bersama dalam perhimpunan dan kekerasan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah menetapkan 17 julai untuk sebutan semula kes.
Kes tersebut mendapat perhatian apabila video berdurasi lebih seminit tersebar menunjukkan seorang lelaki memandu laju berhampiran Surau Austin Perdana sebelum ditahan dan dipukul dipercayai akibat pemandu itu membunyikan hon ketika jemaah berkenaan.
Berikutan itu polis menahan empat lelaki di hadapan Surau Austin Perdana bagi membantu siasatan kes pukul pemandu kereta berkenaan.
Sementara itu di mahkamah berasingan, Majistret Siti Hajar Ali menetapkan 14 hari tarikh perbicaraan terhadap kes seorang jurujual wanita yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal pada Februari lalu.
Tarikh berkenaan bermula antara 28 Ogos sehingga 7 Disember tahun ini bagi memanggil seramai 39 orang saksi kes.
Ia dicadangkan oleh pihak pendakwaan yang diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Roslan Mat Nor dan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.
Manakala keputusan dibuat selepas dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan.
Tertuduh, Sam Ke Ting, 22 diwakili Peguam Faizal Mokhtar Dan Siti Hasmah Osman, Peguam Pemerhati Syarikat Insurans Progresif Insurans hadir pada prosiding itu turut ditemani ahli keluarganya.
Agensi
Thu Jun 15 2017
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Kekecohan surau Austin Perdana: Enam lelaki dihadap ke mahkamah
Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas kesalahan merusuh dalam kejadian di Surau Austin Perdana pada 5 Mei lepas.