ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan untuk terus menggunakan silibus pembelajaran sedia ada termasuk bagi sejarah, walaupun ada desakan penambahbaikan dibuat terhadap mata pelajaran itu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setiap silibus digunakan untuk pelajar dalam negara mengikut kitaran tempoh ditetapkan.
Beliau memaklumkan, kesemua silibus kurikulum terbabit juga dipantau oleh pakar-pakar bidang berkaitan.
"Murid-murid (dan subjek) ada kitaran masa perlaksanaannya. Jadi, setakat ini kita kekal dengan silibus sedia ada sehinggalah kitaran itu habis. Kemudian kita akan lihat dari segi keperluan untuk semua penambahbaikan dan ia bukan sejarah sahaja tetapi untuk semua subjek sekali," katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas lawatan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah, pada Ahad.
Fadhlina berkata sedemikian ketika diminta mengulas cadangan pihak tertentu supaya silibus sejarah tentang Kedah dan Pulau Pinang dalam buku teks dibuat penambahbaikan.
Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad, sebelum ini dilapor berkata, silibus sejarah antara Kedah dan Pulau Pinang dalam buku teks perlu dibuat penambahbaikan agar tidak disalah ertikan oleh pihak tertentu.
Katanya, kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah sebelum ini adalah berdasarkan fakta yang terdapat dalam sejarah.
Bagaimanapun katanya, terdapat pihak tertentu cuba mengolah sejarah terbabit mengikut fahaman mereka sehingga menimbulkan salah faham.
Sementara itu, Fadhlina ketika lawatan berkenaan, turut mengumumkan meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 untuk kerja membaik pulih kerosakan jalan dan menyelenggara kemudahan di SMJK Keat Hwa.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jun 11 2023
Fadhlina melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah, pada Ahad. - Gambar/ Astro AWANI
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Kekal guna silibus Sejarah sedia ada - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setiap silibus digunakan untuk pelajar dalam negara mengikut kitaran tempoh ditetapkan.
Ini penjelasan Radzi Jidin kenapa silibus tak boleh ditukar segera
Setiap kohort perlu melengkapkan pusingannya untuk sesebuah silibus itu sebelum silibus baharu diperkenalkan.
Buku 'Somalia Belang Harimau Besi' dicadang jadi silibus pelajaran
DBP merancang untuk mengadakan perbincangan dengan KPM untuk menjadikan buku Somalia Belang Harimau Besi sebagai sebahagian silibus pelajaran di sekolah.
Dasar PPSMI akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara - PM
PPSMI telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 2002, sebelum mula dilaksanakan secara penuh di seluruh negara pada 2008.
Silibus pendidikan agama perlu disemak semula, saran Tun M
Bekas perdana menteri berkata ini bagi memastikan setiap pelajar disemai dengan nilai-nilai berkenaan terutamanya konsep institusi kekeluargaan Islam yang sebenar bagi menghadapi cabaran masa kini.