KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menegaskan beliau sama sekali tidak terpukau dengan kejayaan yang dicapai negara setakat ini.
Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ukuran sebenar kejayaan negara terletak pada kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Kedudukan prestasi pertumbuhan ekonomi masih bertahan pada 4 peratus, di antara yang terbaik.
"Tetapi ada lagi nikmat dan kejayaan umpamanya penurunan inflasi kurang dari 2 peratusan dan penurunan kadar pengangguran yang sangat rendah.
"(Namun) saya tidak mahu terpukau dengan angka dan data ini. Ini kerana saya akui ukuran sebenarnya ialah tentang kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Meskipun peratus rendah tapi bagi yang tertekan dengan kehidupan kos sara hidup masih perlu ditangani," katanya pada Perutusan Tahun Baharu 2024 pada Ahad.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan agenda untuk memperbaiki tata kelola akan diteruskan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Justeru katanya, tumpuan utama negara pada tahun baru ini adalah untuk mengalih pandangan kepada isu pertumbuhan ekonomi dan pelaburan.
Menurutnya, keyakinan negara-negara luar hasil lawatan beliau berjaya menghasilkan pelaburan asing kepada Malaysia kira-kira RM350 bilion.
"Tumpuan kita sekarang adalah ke arah mengalihkan pandangan kepada isu pertumbuhan ekonomi dan pelaburan.
"Keyakinan (pelaburan) ke atas sistem politik dan dasar yang jelas, ekonomi MADANI, peralihan tenaga, transformasi digital, Pelan Perindustrian dan beberapa kerangka dalam Belanjawan menyebabkan keyakinan (pelabur) bertambah dan secara menyeluruh mencecah RM350 bilion," katanya.
Justeru, Anwar menegaskan untuk memastikan pelaksaannya jauh lebih berkesan, kaedah sedia ada perlu diperbaiki.
Katanya, dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu bersaing, kadar kecepatan, kepesatan dan kelulusan melibatkan semua jabatan perlu dikerah seolah-olah negara berdepan dengan isu keselamatan dan darurat.
Meskipun pemacuan ekonomi ketika ini disifatkan sebagai satu permulaan baik, namun Anwar menggesa semua pihak termasuk Jemaah Menteri dan pasukan penguat kuasa suoaya meningkatkan usaha untuk terus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagah di rantau ini.
Astro Awani
Sun Dec 31 2023

Anwar Ibrahim mengakui ukuran sebenar kejayaan negara terletak pada kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat. - Foto fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.