KUANTAN: Kejadian sebuah kereta dihanyutkan arus yang tular di laman sosial Facebook dilaporkan berlaku di Kampung orang asli Sungai Mas, Sungai Lembing di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan maklumat, dalam kejadian itu, sebuah lagi kereta dan juga motosikal milik penduduk turut dihanyutkan.
Menurutnya, tiada mangsa yang terlibat dan tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian setakat ini.
Video berdurasi 32 saat yang tular di laman sosial Facebook menunjukkan sebuah kereta dipercayai jenis Proton Iswara dihanyutkan arus.
Kejadian dipercayai berlaku ketika beberapa kawasan di sekitar Sungai Lembing dinaiki air pada pagi Ahad ekoran hujan berterusan sejak dua hari lalu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Sungai Lembing, Muhammad Ridzal Sukimi berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan kawasan pekan Sungai Lembing dilanda banjir kilat pada Ahad.
Menurutnya, air naik kira-kira jam 6 pagi dan surut sepenuhnya kira-kira jam 10 pagi.
"Air sungai ketika ini masih tinggi dan bertahan. Sekiranya hujan lebat berterusan kembali turun, besar kemungkinan air sungai Lembing akan melimpah dan membanjir kawasan ini," katanya ketika dihubungi.
Muhammad Ridzal berkata, tiada pusat pemindahan sementara dibuka dan tiada mangsa dipindahkan setakat ini.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 28 2022

Tangkap layar video kejadian kereta dihanyutkan arus di Kampung Sungai Mas,Sungai Lembing yang tular di Facebook. -Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus
Sorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai dalam kejadian banjir kilat di Kilometer 4 Jalan Selirik di Kapit.

Kejadian kereta hanyut, tiada mangsa terlibat
Video berdurasi 32 saat yang tular di laman sosial Facebook menunjukkan sebuah kereta dipercayai jenis Proton Iswara dihanyutkan arus.

Lelaki ditemukan lemas bersama kereta, seorang lagi masih hilang
Kenderaan Perodua Myvi dan seorang mangsa yang hanyut di Sungai Kionsom semalam telah ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Kereta dihanyut arus deras di Inanam, Sabah ditemukan pagi ini
Kereta berkenaan ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi ia dilapor hanyut.