BATU PAHAT: Pihak keluarga dan orang ramai diminta memberi ruang dan kepercayaan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung seorang ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, yang dipercayai hilang di daerah ini sejak 16 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata siasatan masih dijalankan ke atas kehilangan ibu tunggal anak dua berusia 32 tahun itu dan diharap pihak keluarga dapat bersabar serta menyerahkannya kepada polis.
"Siasatan secara terperinci akan dilakukan dari setiap sudut dan ada beberapa perkara yang kami tidak boleh dedahkan agar ia tidak menganggu siasatan polis.
"Sebelum ini polis ada menahan seorang pemuda berusia 24 tahun yang dipercayai teman lelaki wanita itu, namun telah dibebaskan dengan jaminan polis dan tidak mustahil akan memanggilnya sekiranya perlu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Setakat ini, Ismail berkata lima individu telah direkod keterangan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, kakak mangsa Norhisham, 36, ketika ditemui menyatakan keluarganya mengharapkan agar Bella dapat ditemui walau apa juga keadaannya.
Menurutnya hingga kini banyak pihak telah menghubungi mereka sekeluarga dan menawarkan diri untuk membantu mencari Bella dengan pelbagai kaedah.
"Alhamdulilah, satu Malaysia prihatin dengan kehilangan adik saya hinggakan saya dihubungi oleh mereka yang berada di Sabah dan bersedia datang ke sini (Batu Pahat) untuk membantu mencari Bella.
"Kami sekeluarga juga telah bertemu beberapa ustaz bagi mendapatkan pandangan mereka, namun dalam masa yang sama menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan hingga Bella ditemui," katanya.
Terdahulu, Bella yang mempunyai dua anak berusia dua dan empat tahun, dilaporkan hilang selepas didakwa keluar bersama teman lelakinya ke sebuah kedai dobi di daerah ini dengan laporan polis dibuat ahli keluarganya pada 16 Dis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Polis berkata siasatan masih dijalankan ke atas kehilangan ibu tunggal anak dua berusia 32 tahun itu dan diharap pihak keluarga dapat bersabar serta menyerahkannya kepada polis. - Gambar hiasan/BERNAMA
Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal
Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan lima motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu malam tadi.
16 Lelaki 'Geng Pacific Siva' didakwa jenayah terancang
16 lelaki di dakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Pacific Siva sejak lapan tahun lalu.
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
Universiti Malaya ambil tindakan tahan kerja pensyarah
Pihak Universiti Malaya mengambil tindakan menahan kerja seorang pensyarah yang dikaikan menghantar mesej jelik seksual.
[TERKINI] Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025
JSPT Bukit Aman menjalankan Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025 sempena musim perayaan dan cuti sekolah.
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kehilangan Bella: Beri ruang polis jalankan siasatan
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata siasatan masih dijalankan ke atas kehilangan ibu tunggal anak dua berusia 32 tahun itu.