Kehilangan ayah tersayang tidak akan mematahkan semangat untuk meneruskan pengajian dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, kata Amirul Akmal, anak kedua kepada Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Allahyarham Datuk Seri Azlin Alias.
Amirul, 19, yang sedang menduduki peperiksaan peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Selangor berkata kali terakhir beliau berbual bersama ayahnya pada Selasa lepas.
"Dalam perbualan itu, saya beritahu tidak begitu yakin dengan jawapan satu daripada kertas peperiksaan yang diduduki dan ayah memberi kata-kata semangat supaya terus mencuba dan belajar bersungguh-sungguh.
"Saya akan pegang kata-kata perangsang ayah untuk meneruskan pengajian dengan mencatat keputusan yang lebih baik," katanya ketika ditemui semasa pengebumian ayahnya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu 13, Jalan Cheras, di sini.
BERITA BERKAITAN: Azlin Alias sanggup tinggalkan dunia korporat untuk berbakti kepada negara
Jenazah Azlin selamat dikebumikan pada 2.30 petang Ahad. Sebelum itu, solat jenazah dilakukan di kediamannya dan di Surau Saujana Impian, di sini.
Terdahulu, hujan renyai-renyai mengiringi pengebumian Allahyarham Azlin yang dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan rakan.
Suasana pilu dan hiba menyelubungi khemah di tanah perkuburan itu apabila van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada 2.15 petang.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta anak dan menantu, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessibayev.
Selain itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Azlin, 48, yang mula berkhidmat bersama Najib pada 2008, maut apabila helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang dinaiki bersama lima yang lain terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih pada Sabtu.
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Azlina Mahmad, 48, serta dua anak lelaki iaitu Amir Ashraf, 22, dan Amirul serta seorang anak perempuan, Aisha Maryam, 14.
GALERI FOTO: Rentetan nahas helikopter awam di Semenyih
GALERI FOTO: Di lokasi nahas helikopter awam terhempas di Semenyih
Bernama
Sun Apr 05 2015
![Kehilangan ayah tidak patah semangat terus pengajian - Amirul Kehilangan ayah tidak patah semangat terus pengajian - Amirul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/71428278527_295x200.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) memberi kata-kata semangat kepada anak kedua Allahyarham Datuk Azlin Alias, Amirul Azlin, 19, selepas selesai pengkebumian jenazah bapanya pada Ahad. - Foto Bernama
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Kehilangan ayah tidak patah semangat terus pengajian - Amirul Kehilangan ayah tidak patah semangat terus pengajian - Amirul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/71428278527_295x200.jpg)
Kehilangan ayah tidak patah semangat terus pengajian - Amirul
Amirul, 19, yang sedang menduduki peperiksaan peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Selangor berkata kali terakhir beliau berbual bersama ayahnya pada Selasa lepas.