KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung perintah mahkamah supaya mengeluarkan laporan sulit pasukan petugas khas mengenai kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat secara terhad kepada isterinya Norhayati Mohd Ariffin.
Peguam Larissa Ann Louis yang mewakili Norhayati ketika ditemui pemberita berkata Hakim Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu pada 1 Jun lepas.
"Kerajaan Malaysia membuat permohonan untuk menggantung perintah berkenaan kerana telah memfailkan rayuan terhadap perintah tersebut di Mahkamah Rayuan pada 23 Mei lepas," kata peguam itu.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Pada 9 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Norhayati dan memerintahkan laporan berkenaan dikeluarkan kepada wanita itu dalam tempoh 30 hari.
Dalam permohonan itu, Norhayati menuntut antaranya satu pengisytiharan bahawa laporan yang disediakan pasukan petugas khas itu tidak termasuk dalam takrifan "rahsia rasmi" di bawah Seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Norhayati turut mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia, polis dan 19 individu lain berhubung kehilangan suaminya.
Sementara itu, semasa prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Su Tiang Joo hari ini, mahkamah memerintahkan perbicaraan kes saman itu diteruskan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 19 hingga 22 Jun ini.
Prosiding itu turut dihadiri seorang lagi peguam yang mewakili Norhayati, Surendra Ananth dan Peguam Kanan Persekutuan Zetty Zurina Kamaruddin yang mewakili kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Kerajaan Malaysia membuat permohonan untuk menggantung perintah berkenaan kerana telah memfailkan rayuan terhadap perintah tersebut di Mahkamah Rayuan pada 23 Mei lepas. -Gambar hiasan/Pexels

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Kehilangan Amri Che Mat: Mahkamah benar kerajaan gantung perintah keluar laporan pasukan petugas khas
Norhayati turut mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia, polis dan 19 individu lain berhubung kehilangan suaminya.