KUALA LUMPUR: Pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia pada bulan November 2022, novelis tersohor Jepun, Toshikazu Kawaguchi begitu teruja dengan cuaca hangat negara ini berbanding dingin musim salji di negara kelahirannya itu.
"Saya terpandang pokok krismas yang banyak dijadikan hiasan dan berasa sedikit ganjil kerana di Jepun, Krismas sering dikaitkan dengan masa paling sejuk di Jepun tetapi di Malaysia, ianya begitu selesa. Saya lebih suka berada di negara ini," beliau yang juga seorang pengarang drama dan pengarah teater memberitahu Bernama ketika ditemu bual baru-baru ini.
Kawaguchi, 52, berada di Malaysia dari 24 -28 November 2022 untuk menghadiri Festival Sastera Georgetown yang dianjurkan pada November 2022 di Pulau Pinang. Beliau juga memberikan ceramah awam anjuran Yayasan Jepun di kedai buku Kinokuniya, Kuala Lumpur.
Siri novel terlaris beliau "Before the Coffee Gets Cold" yang mengandungi empat siri buku diterjemahkan ke dalam 35 bahasa dan setakat ini sudah lebih 3.2 juta naskah dijual.
EMOSI DAN KEMBARA "BEFORE THE COFFEE GETS COLD"
Sebelum datang ke Malaysia, Kawaguchi yang berasal dari Osaka, menghabiskan masa di Dubai, Itali dan Taiwan untuk berkongsi pandangannya mengenai siri "Before the Coffee Gets Cold" yang banyak menyentuh tentang emosi yang mendalam serta imaginasi orang yang tersayang yang sudah tiada serta peluang untuk seorang ibu yang sedang nazak untuk bertemu dengan anak yang belum dilahirkan pada masa depan.
Berlatar belakangkan sebuah kafe yang terletak di sebuah lorong di Tokyo, terdapat beberapa peraturan ketat untuk pengembara masa, iaitu kembara ke zaman silam, anda akan hanya dapat bertemu dengan mereka yang pernah berkunjung ke kafe berkenaan. Anda juga perlu menghabiskan kopi anda sebelum minuman menjadi sejuk, jika tidak anda akan terperangkap di dalam kafe itu sebagai hantu.
Menurut Kawaguchi, tema novelnya adalah harapan, yakni meskipun anda tidak dapat mengubah masa kini jika anda kembara ke masa silam atau masa depan, anda masih boleh mengubah hati seseorang dan mengatasi sebarang halangan.
Siri "Before the Coffee Gets Cold" yang turut diolah sebagai pementasan, novel dan filem, dicalonkan untuk Bookstore Awards 2017, dan turut mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti filem animasi psikologi Jepun yang bertemakan kembara masa dan fantasi, seperti "When Marnie Was There' dan "Kimi no Na wa" (nama anda).
Menurut Kawaguchi, setakat ini terdapat empat buku di bawah siri "Before the Coffee Gets Cold" dan tiga daripadanya diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Buku beliau yang kelima, dijadual diterbitkan pada bulan Mac 2023.
Kawaguchi yang juga berhasrat menjadikan budaya teater lebih meluas baru-baru ini menyiapkan sebuah persembahan di Okinawa, Jepun. Novel "Before the Coffee Gets Cold" dijangka dijadikan filem atau diedarkan dalam talian di Hollywood, Amerika Syarikat.
"Saya dikenali di Malaysia sebagai seorang novelis dan belum pernah menyampaikan kerja saya sebagai pengarang drama atau pengarah teater. Jika diberi peluang, saya ingin sangat rakyat Malaysia dapat menyaksikan hasil kerja saya sebagai seorang pengarah, " katanya.
PERJALANAN SEBAGAI SEORANG PENULIS
Kawaguchi memang sudah dikenali dalam kalangan golongan muda peminatnya di Malaysia.
Sewaktu memberikan ceramah di kedai buku Kinokuniya di Kuala Lumpur, beliau berkongsi pengembaraannya sebagai penulis. Dimaklumkan sekitar 95 orang anak muda hadir di samping mereka yang berusia dalam lingkungan 20an dan 30an. Banyak soalan yang dilontarkan kepada Kawaguchi berdasarkan pengalamannya sebagai penulis dan bagaimana mahu menjadi novelis berjaya.
Menurut Kawaguchi, sebelum menjadi penulis dan pengarang drama, beliau bercita-cita mahu menjadi artis manga.
"Di sekolah rendah ada kawan satu kelas yang mempengaruhi saya untuk cuba bidang artis manga. Ada seorang penerbit yang menunjukkan minat terhadap manga yang saya tulis semasa di sekolah tinggi tetapi tak berhasil kemudiannya, " kata Kawaguchi.
Apabila tidak berjaya menjadi artis manga, beliau berjinak-jinak dengan dunia teater ketika berusia 22 tahun sehingga hari ini.
Pada tahun 2011, beliau mencuba pula bakat sebagai novelis selepas diyakinkan oleh editornya yang pernah menyaksikan pementasan "Before the Coffee Gets Cold."
"Begitu kisah bagaimana Before the Coffee Gets Cold menjadi satu pementasan kemudian novel dan dirancang dijadikan filem," katanya.
Beliau menekankan sebagai penulis, beliau sentiasa berusaha untuk menulis tentang kehidupan harian serta jalinan hubungan orang biasa.
Sebagai contoh, buku pertamanya mengisahkan seorang lelaki yang merantau ke Amerika Syarikat untuk bekerja dan kekasihnya berharap dapat berjumpa dengan beliau di sebuah kafe sebelum beliau berangkat ke luar negara. Kekasihnya mahu membina kembali hubungan cinta mereka yang terputus. Dalam sebuah kisah lain, seorang wanita mahu kembali ke zaman silam untuk menemui saudara perempuannya yang sudah meninggal dunia. Hubungan mereka menjadi renggang akibat pertelingkahan keluarga.
INSPIRASI
Meskipun sudah melakar kejayaan sebagai novelis, Kawaguchi juga mencari inspirasi daripada hasil karya penulis tersohor.
Tiga penulis teratas yang diminati beliau adalah novelis detektif legenda, Tokuya Higashigawa dengan buku terkenalnya "koukan satsujin ni wa mukanai yoru" (a bad night to exchange murder) dan buku Hattori Hanzo, seorang ninja yang tiada tolok bandingnya oleh Shinjuro Tobe. Buku lain yang diminati beliau adalah novel fantasi Harry Porter, karya novelis British, J. K. Rowling.
"Saya mengagumi kemahiran sastera Higashigawa yang menyelitkan unsur jenaka untuk membongkar misteri," katanya..
Kawaguchi juga bercita-cita mahu menulis seperti Tobe, yang mempunyai gaya penulisan yang mudah dibaca oleh sesesiapa sahaja.
BANYAK CABARAN
Meskipun Kawaguchi novelis yang dikenali sekarang, beliau masih tidak lupa kisah silamnya ketika beliau masih baru menceburi bidang penulisan dengan pelbagai kesukaran sehingga sukar untuk membeli makanan. Ibunya pula sentiasa risau melihatkan keadaan anaknya itu.
"Sebelum saya menjadi novelis berjaya, banyak kesukaran yang saya lalui dan ada ketika saya meninggalkan bidang penulisan dan cuba menjadi artis manga dan membuat filem," tambahnya.
Bagaimanapun, Kawaguchi tidak berputus asa dan berbincang semula dengan editornya untuk kembali menulis novel.
Sedikit nasihat daripada Kawaguchi untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi novelis iaitu teruskan menulis sehingga selesai dan jangan mengaku kalah separuh jalan, meskipun ketika menghadapi pelbagai kesukaran.
"Sekiranya anda berhenti separuh jalan, anda akan berkali-kali berfikir maka tak siaplah kerja anda," katanya.
Beliau menekankan bahawa cabaran sebagai novelis adalah kemampuan untuk menzahirkan emosi yang kompleks dalam bentuk perkataan berbanding pementasan teater yang bergantung kepada kemahiran lakonan aktor.
"Teater lebih kepada visual tetapi novel merangsang imaginasi kerana penulis perlu menggambarkan segala-galanya," jelasnya.
Kawaguchi berkongsi bahawa impian masa depannya adalah untuk mewujudkan teater yang terdiri daripada kedai buku, kedai kopi dan pentas persembahan yang boleh mencetuskan imaginasi orang dalam lingkungan budaya teater.
Beliau juga sedang berkira-kria untuk menulis tentang pembukaan Cafe Funiculi Funicula, kafe yang disebut dalam siri "Before the Coffee Gets Cold" sebagai portal kembara masa.
Kawaguchi juga ingin kalau boleh kembali ke zaman silam untuk berjumpa dengan mendiang ayahnya dan bercerita tentang kehidupannya sebagai novelis, perihal bukunya dibaca oleh ramai orang di merata dunia dan akan dijadikan filem Hollywood.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
![Kehangatan cuaca Malaysia menambat hati novelis 'Before the Coffee Gets Cold' Kehangatan cuaca Malaysia menambat hati novelis 'Before the Coffee Gets Cold'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675824401_ToshikazuKawaguchi.jpg)
Toshikazu Kawaguchi ketika ditemui di kedai buku Kinokuniya di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk bercakap mengenai novelnya 'Before the Coffee Gets Cold'. --fotoBERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kehangatan cuaca Malaysia menambat hati novelis 'Before the Coffee Gets Cold' Kehangatan cuaca Malaysia menambat hati novelis 'Before the Coffee Gets Cold'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675824401_ToshikazuKawaguchi.jpg)
Kehangatan cuaca Malaysia menambat hati novelis 'Before the Coffee Gets Cold'
Kawaguchi berada di Malaysia dari 24 -28 Nov 2022 untuk menghadiri Festival Sastera Georgetown dan memberi ceramah awam.