Kedutaan Indonesia hari ini menafikan Ketua Polis republik itu Jeneral Sutarman ada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa kononnya polis Indonesia dan Malaysia mengetahui punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.
Atase Polis, Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Aby Nursetyanto berkata laporan berita Indonesia dikeluarkan melalui Tempo.co dua hari lepas merupakan kesimpulan yang dibuat sendiri oleh media berkenaan.
"Penulis (berita) itu akan dipanggil Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) untuk memberi penjelasan sekiranya perlu dan sekiranya ia gagal menunjukkan sebarang bukti, tindakan akan diambil," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Laporan berita Indonesia, Tempo.co, dua hari lepas memetik Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan Polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
Susulan laporan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan media Indonesia itu bahawa pihaknya mempunyai pengetahuan mengenai punca sebenar kehilangan pesawat berkenaan, yang masih menjadi misteri.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut dan terkejut dengan laporan media itu.
Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir. Usaha mencari pesawat MH370 masih diteruskan.
Bernama
Mon Sep 15 2014
![Kedutaan Indonesia nafi ketua polisnya keluar kenyataan tahu punca kehilangan MH370 Kedutaan Indonesia nafi ketua polisnya keluar kenyataan tahu punca kehilangan MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/41396338455_295x200.jpg)
Laporan berita Indonesia, Tempo.co, dua hari lepas memetik Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan Polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang.
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
![Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723203849_TBDanielleHeinecke.jpg)
Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke
Heinecke menyamakan hubungan antara Australia dan ASEAN dengan gabungan popular Malaysia, "Roti Canai dan Teh Tarik," yang menggambarkan sinergi semula jadi antara kedua-duanya.
![Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723161953_JannikSinner.jpg)
Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.
![Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720601158_buaya.jpg)
Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.
![Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722835981_TBAustraliasPrim.jpg)
Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan
Australia menaikkan tahap ancaman keganasannya daripada "mungkin berlaku" kepada "kemungkinan besar akan berlaku", umum Perdana Menteri Anthony Albanese.
![Rozita Rohaizad tekad terus bantu martabat warisan Malaysia di Australia Rozita Rohaizad tekad terus bantu martabat warisan Malaysia di Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722645001_tbRozitaRohaizadA.jpg)
Rozita Rohaizad tekad terus bantu martabat warisan Malaysia di Australia
Sanggup guna duit sendiri berulang-alik ke Australia untuk menjadi tenaga pengajar, setiap kali berlangsungnya pelbagai festival kesenian kebudayaan.
![Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722414152_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan
Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.
![Olimpik Paris 2024: Australia menang emas 4x100m gaya bebas wanita Olimpik Paris 2024: Australia menang emas 4x100m gaya bebas wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722130395_tbOlympics.jpg)
Olimpik Paris 2024: Australia menang emas 4x100m gaya bebas wanita
Kuartet renang wanita Australia mencipta rekod baharu Sukan Olimpik Paris apabila memenangi pingat emas keempat berturut-turut dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas di Sukan Olimpik Paris 2024 pada S
![Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721105049_zionist.jpg)
Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza
Ketiga-tiga pemimpin itu menggesa Israel untuk memberi maklum balas terhadap keputusan ICJ minggu lepas yang menganggap pendudukan wilayah Palestin oleh Israel adalah haram.
![2 juruterbang maut helikopter bertembung, terhempas di Australia 2 juruterbang maut helikopter bertembung, terhempas di Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721882926_WesternAustraliaPo.jpg)
2 juruterbang maut helikopter bertembung, terhempas di Australia
Dua helikopter dilaporkan bertembung di udara pada Khamis di barat Australia, lapor Xinhua.
![[LAPOR LANGSUNG] Gangguan IT global: Apa yang sedang berlaku? [LAPOR LANGSUNG] Gangguan IT global: Apa yang sedang berlaku?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721379251_grocerystore.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Gangguan IT global: Apa yang sedang berlaku?
Sekitar jam 3 petang (waktu Australia) gangguan IT secara besar-besaran dilaporkan berlaku di sana. Adakah Malaysia terjejas?