Keputusan mengenai kedudukan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin, hanya akan diketahui dalam masa sehari dua ini.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Prof Dr Abdul Ghafar Ismail berkata satu siaran akhbar akan dikeluarkan atau sidang akhbar mungkin akan diadakan oleh Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu bagi memperjelaskan isu yang melibatkan pegawai kanan yayasan itu.
"Tunggu sehari dua ini. Insya-Allah... saya tidak boleh menyatakan sehingga siaran akhbar dilakukan atau mungkin lembaga pengarah akan memanggil media sekali lagi untuk menjelaskan keadaan ini," kata beliau kepada pemberita selepas Program Inspirasi Ramadan YAPEIM peringkat negeri Johor di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kedudukan Abibullah, sama ada masih bertugas atau tidak.
Dua hari lepas, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dilaporkan membuat laporan polis berhubung penularan video seorang lelaki yang didakwa kononnya Abibullah, mempengaruhi kakitangan YAPEIM pada pilihan raya umum lepas.
BACA: Salah laku dan kecuaian dikenal pasti dalam pentadbiran YaPEIM
Ketika ditanya sama ada pihak Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM telah menetapkan tindakan tatatertib ke atas Abibullah, beliau menjelaskan beberapa tindakan telah diambil tetapi bukan tatatertib termasuk pembentukan satu jawatankuasa khas audit dalaman sejak November lepas, bagi menangani isu berkenaan, berdasarkan laporan dari PricewaterhouseCoopers (PWC).
"Kita ahli lembaga pengarah sedia maklum bahawa kakitangan YAPIEM adalah berjawatan tetap jadi segala tindakan haruslah melalui saluran tertentu, proses tertentu termasuk garis panduan yang diikuti.
Dan garis panduan yang diikuti ini harus telus dan jelas supaya kita tidak membuat satu keputusan yang boleh menyebabkan seorang individu itu teraniaya atau mungkin akan disabitkan kesalahan tanpa ada apa-apa bukti," kata Abdul Ghafar.
Terdahulu, program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2019
![Kedudukan Ketua Pengarah YaPEIM diketahui sehari dua Kedudukan Ketua Pengarah YaPEIM diketahui sehari dua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557933419_YaPEIMOfficial.jpg)
Satu siaran akhbar akan dikeluarkan atau sidang akhbar mungkin akan diadakan oleh Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bagi memperjelaskan isu yang melibatkan pegawai kanan yayasan itu.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kedudukan Ketua Pengarah YaPEIM diketahui sehari dua Kedudukan Ketua Pengarah YaPEIM diketahui sehari dua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557933419_YaPEIMOfficial.jpg)
Kedudukan Ketua Pengarah YaPEIM diketahui sehari dua
Keputusan mengenai kedudukan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin, hanya akan diketahui dalam masa sehari dua ini.
![Pembelian simulator golf hasil pendapatan perniagaan, tidak guna sumbangan jariah - KP YaPEIM Pembelian simulator golf hasil pendapatan perniagaan, tidak guna sumbangan jariah - KP YaPEIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/61451043440_AbibullahSamsudin.jpg)
Pembelian simulator golf hasil pendapatan perniagaan, tidak guna sumbangan jariah - KP YaPEIM
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa yayasan itu membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai.
![Dakwa menteri guna duit zakat, YaPEIM buat laporan polis Dakwa menteri guna duit zakat, YaPEIM buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61447842710_YapeimPolis.jpg)
Dakwa menteri guna duit zakat, YaPEIM buat laporan polis
Dakwaan penyelewengan wang zakat YaPEIM adalah fitnah dan berunsur jahat dengan menggunakan sumber dan maklumat yang tidak sah.