PUTRAJAYA:Ketibaan pelancong ke Malaysia dari Januari hingga September tahun ini merosot 78.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas berikutan pandemik COVID-19.
Malaysia hanya menerima 4.29 juta pelancong dalam tempoh berkenaan berbanding 20.1 juta pada 2019, menurut Tourism Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Penurunan jumlah ketibaan pelancong juga menyaksikan pendapatan pelancongan susut sebanyak 80.9 peratus kepada RM12.6 bilion dalam tempoh itu, berbanding RM66.1 bilion pada tahun lepas dengan perbelanjaan per kapita menunjukkan kemerosotan 10.7 peratus daripada RM3,289.30 pada 2019 kepada RM2,938.40 tahun ini.
"Penurunan jumlah ketibaan pelancong secara berterusan disebabkan oleh penutupan sempadan antarabangsa sejak 18 Mac, yang merupakan tindakan proaktif kerajaan dalam membendung penularan pandemik di Malaysia," menurut Tourism Malaysia dalam kenyataan itu.
Sepuluh pasaran pelancong utama ke Malaysia masih didominasi negara yang sama iaitu Singapura (1,543,627), Indonesia (710,118), China (403,055), Thailand (372,075), India (155,448), Brunei (135,848), Korea Selatan (119,364), Jepun (73,891), Australia (72,369) dan Filipina (65,601), jelasnya.
Menurut Tourism Malaysia, pertumbuhan negatif dilihat bagi pelancong dari setiap pasaran rantau iaitu pasaran jarak dekat (-78.8 peratus), pasaran jarak pertengahan (-80.0 peratus) dan pasaran jarak jauh (-74.0 peratus).
Dari segi pelawat harian ke negara ini, Malaysia mencatatkan sejumlah 1.73 juta ketibaan dari Januari hingga September 2020 iaitu penurunan sebanyak 74.9 peratus berbanding 6.90 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Prestasi pelancongan negara-negara lain juga tidak terkecuali daripada menerima kesan daripada penularan pandemik masyarakat global," menurut Tourism Malaysia.
Berdasarkan data Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA), negara-negara jiran termasuk Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia turut mencatat penurunan yang sama iaitu melebihi 70 peratus disebabkan sekatan perjalanan antarabangsa yang dikuatkuasakan di negara masing-masing. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020
Penurunan jumlah ketibaan pelancong secara berterusan disebabkan oleh penutupan sempadan antarabangsa sejak 18 Mac lalu. - Gambar hiasan AFP
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
MOTAC semak semula sasaran jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia
Sasaran jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia pada tahun ini yang mungkin melebihi daripada sasaran awal sebanyak 4.5 juta.
Kedatangan pelancong ke Malaysia merosot 78.6 peratus
Malaysia hanya menerima 4.29 juta pelancong dari Januari hingga September berbanding 20.1 juta pada 2019.