KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan kedai makan, warung, gerai, perkhidmatan penghantaran makanan dilanjutkan sehingga pukul 6 pagi sepanjang bulan Ramadan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran itu diberikan bagi memudahkan golongan bujang mendapatkan makanan pada waktu sahur.
"Keperluan makanan untuk bersahur, terutama melibatkan warga bujang sebelum ini operasi di kedai makan dihadkan dari jam 6 pagi sehingga jam 12 tengah malam.
"Selepas mengambil kira semua pandangan serta keperluan orang bujang mendapatkan makanan bersahur, maka mesyuarat bersetuju semua restoran, warung, gerai kedai makan atau kedai kopi serta perkhidmatan makanan dilanjutkan sehingga selepas waktu sahur iaitu sehingga jam 6.00 pagi," jelasnya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin.
Bagaimanapun, tegas beliau, setiap premis perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti sebelum ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara juga bersetuju majlis berbuka puasa serta aktiviti beribadah dilaksanakan ketika bulan Ramadan.
"Bilangan kehadiran di kawasan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), kita benarkan dengan syarat ada SOP tentang kedudukan meja dua meter jarak itu dipatuhi.
"Untuk majlis berbuka puasa sama ada di pejabat atau dalam dewan, di kawasan PKPB perlu 50 peratus daripada kapasiti sebenar manakala PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) 100 peratus mesti mempunyai penjarakan sosial," katanya lagi.
Sementara, bagi aktiviti solat sunat Terawih di masjid dan surau pula, jelas Ismail Sabri, perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Fareez Azman
Mon Apr 12 2021

Kebenaran kedai makan beroperasi sehingga pukul 6 pagi itu diberikan bagi memudahkan golongan bujang mendapatkan makanan pada waktu sahur. - Gambar hiasan

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.

Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.