Tujuh kedai makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) arah Shah Alam musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Seramai 30 anggota bomba dari lima balai berhampiran dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.35 petang

Kebakaran dipercayai berpunca daripada dapur di salah satu restoran terbabit.

Jurucakap Bomba memaklumkan sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati tujuh daripada 15 unit kedai telah terbakar.

Pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak dalam masa sejam.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Bagaimanapun, siasatan untuk mencari punca kebakaran sedang dilakukan oleh pasukan forensik bomba.