KULIM: Kedah sedang dalam proses menubuhkan sebuah pasukan yang terdiri daripada sejarawan, pakar akademik dan wakil persatuan sejarah bagi menentukan bahawa Pulau Pinang benar-benar dipajak daripada Kedah.
Menteri Besar Muhamad Sanusi Md Nor berkata pihak yang dipelawa menyertai pasukan itu telah pun menyatakan komitmen masing-masing untuk membantu Kedah dalam perkara itu.
"Kita bentuk satu pasukan dan kita wujudkan satu sahaja pandangan tentang Kedah dan Pulau Pinang. Asasnya memang Pulau Pinang adalah pajakan daripada Kedah, kerana itulah daripada dulu kita dibayar RM10,000. Kalau tidak, bayaran RM10,000 itu untuk apa?
Justeru, beliau berharap perkara itu dapat dikaji semula dan Kedah diberikan bayaran lebih setimpal berbanding jumlah RM10 juta dan RM10,000 yang diterima ketika ini.
Rabu lepas, Muhammad Sanusi berkata Kerajaan Negeri Kedah menuntut bayaran royalti sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pajakan tanah di Pulau Pinang dan berharap ia diumumkan dalam Bajet 2022 yang dibentangkan semalam.
Bagaimanapun, pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat tidak mempunyai peruntukan bagi tujuan itu.
Mengulas perkara itu, Muhammad Sanusi berkata Kerajaan Persekutuan mungkin tidak bersedia mempertimbang tuntutan tersebut dalam bajet kali ini.
Beliau berkata pihaknya akan terus membangkitkan isu itu pada masa yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
Menteri Besar Muhamad Sanusi Md Nor berkata pihak yang dipelawa menyertai pasukan itu telah pun menyatakan komitmen masing-masing untuk membantu Kedah dalam perkara itu. - Gambar fail/BERNAMA
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi
Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam tiga siri penganjurannya iaitu jumlah pengunjung me
AWANI 7:45 [07/07/2024] - Peringatan Agong | Usah korban jati diri demi kuasa | Isu buli siber jadi tumpuan | Nasib berbeza dua 'gergasi' bola sepak
#AWANI745 malam ini bersama Syaff Shukri;
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini
Kementerian Pertahanan menyasarkan 1,400 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Program Veteran Desa Madani (VDM) seluruh negara tahun ini.
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Kedah tubuh pasukan tentukan isu pajakan Pulau Pinang
Kedah sedang dalam proses menubuhkan sebuah pasukan yang terdiri daripada sejarawan, pakar akademik dan wakil persatuan sejarah bagi menentukan bahawa Pulau Pinang benar-benar dipajak daripada Kedah.