Kedah sedang meninjau sumber baharu bagi menggantikan hasil pembalakan yang tidak mampu menyumbang kepada penjanaan kekayaan negeri.
Menteri Besarnya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata untuk itu beliau telah memulakan perbincangan bersama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) serta pihak Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di New York baru-baru ini.
"...UNDP yang menjadi penggerak utama Program Pengurangan Pelepasan daripada Penebangan dan Degradasi Hutan (Reducing Emissions From Deforestation and Degradation of The Forest).
"Daripada perbincangan tersebut, mereka kagum dengan pendirian Kedah dan mengajak saya menyertai sesi perbincangan mengenai Hutan dan Kewangan di pejabat wakil Jerman ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keesokan malamnya.
"Perjumpaan dengan pakar-pakar dalam bidang kewangan dan kelestarian hutan telah mendedahkan kepada saya pelbagai pendekatan yang telah diambil oleh negara-negara yang menghadapi isu sama seperti Kedah... contohnya, kejayaan yang telah dicapai oleh Brazil dan Peru boleh dijadikan asas untuk merangka strategi di Kedah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mukhriz berkata menerusi hubungan yang bakal terjalin itu secara tidak langsung dapat membantu Kedah mengurus dan menjamin kelestarian khazanah hutan sambil menerokai potensi aktiviti ekonomi seperti eko-pelancongan yang dapat meningkatkan hasil pendapatan negeri.
Beliau berkata semua pihak sedia maklum bahawa Kedah tidak mempunyai sumber asli yang boleh menjana kekayaan seperti minyak dan gas malah hasil hutan dan bahan mentah seperti bijih besi, bijih timah serta galian yang lain adalah terhad dan tidak mampu menyumbang kepada pendapatan negeri
"Sektor pertanian pula tertumpu kepada padi yang tertakluk di bawah dasar Jaminan Bekalan Makanan..pelbagai bentuk subsidi disediakan, namun petani tetap tidak tergolong antara yang kaya.
"...malah Kedah memutuskan untuk menghentikan kerja-kerja pembalakan di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dan sebahagian daripada hutan di Kedah diwartakan sebagai hutan simpan kekal atau kawasan tadahan air untuk memastikan bekalan air kepada rakyat dan industri padi di Kedah terjamin.
"Selain itu semua permohonan baharu konsesi pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda telah ditolak dan konsesi-konsesi lama pula telah dihentikan," katanya.
--- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 03 2018

Menteri Besarnya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata untuk itu beliau telah memulakan perbincangan bersama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Kes bakar ibu: Lelaki OKU mental diarah dirujuk ke hospital psikiatri
Seorang pengawal keselamatan yang mempunyai sejarah penyakit mental diperintahkan menjalani penilaian psikiatri selama sebulan.

Liga Super: Victor puji semangat juang pemain muda KDA FC
Ketua jurulatih interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag memuji persembahan pemainnya yang memberi tentangan sengit kepada KL City FC sebelum tewas 2-3 dalam aksi Liga Super.

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Majlis yang dijadual bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengajar didakwa cabul pelajar lelaki
Seorang tenaga pengajar di sebuah madrasah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki di sebuah hotel, Sabtu lalu.

Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang
Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Ketika cuba menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Astana, Sungai Petani petang semalam.

Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.

Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.

Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur
KDA FC menegaskan bahawa mereka akan terus bersaing dalam Liga Super Malaysia dan menafikan segala khabar angin yang dimaksudkan sebelum ini.