ALOR SETAR: Kerajaan negeri tidak akan melanjutkan tempoh Kawasan Bebas Berniaga yang mula dilaksanakan di Kedah sejak tahun 2020.
Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, tiada perancangan untuk lanjutan tempoh niaga Kawasan Bebas Niaga selepas ia tamat pada 31 Disember tahun ini.
Dr Mohd Hayati menasihatkan peniaga, penjaja atau perniagaan kecil-kecilan di Kawasan Bebas Niaga di negeri ini mencari ruang perniagaan ataupun lokasi tapak niaga baharu dengan segera.
"Kita berharap peniaga terlibat dapat mencari tempat yang selesa untuk berniaga. Kita ada terima permohonan daripada peniaga di kawasan tertentu yang minta (Kawasan Bebas Niaga) sehingga bulan Disember ini.
"Jadi, kita tangguh sehingga akhir tahun ini untuk peniaga di tepi jalan terlibat, namun kita telah maklumkan dari awal sejak enam bulan lepas supaya peniaga cari tempat sesuai dan selesa segera," katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan 'World Pharmacist Day' Peringkat Negeri Kedah-Perlis di sebuah kompleks beli-belah, di sini, pada Sabtu.
Hadir sama,Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo ;Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ismuni Bohari dan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), Amrahi Buang.
Beliau memberitahu, lanjutan tempoh berniaga di Kawasan Bebas Niaga di beberapa kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diberikan kepada peniaga terlibat sebelum ini.
Pada Mac lepas, kerajaan negeri memutuskan Kawasan Bebas Berniaga yang sepatutnya dilaksana sehingga semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan sepenuhnya kerajaan Persekutuan dilanjutkan hingga 31 Disember 2022.
Dalam perkembangan sama, Dr Mohd Hayati berkata, peniaga di Kawasan Bebas Niaga diharapkan mengelakkan menjalankan perniagaan di tepi jalan, sekaligus memastikan kawasan lebih selamat dan tersusun.
"Satu bahaya, satu lagi kita tak mahulah (kawasan niaga) jadi tak tersusun dengan tepi jalan ada macam-macam gerai. Jadi nasihat saya supaya cari tempat yang lebih baik," katanya.
Bagaimanapun, beliau mendapati peniaga tepi jalan di kawasan tertentu seperti Jalan Langgar didapati makin berkurangan berbanding sebelum ini.
Pada 2020, Kawasan Bebas Niaga diwujudkan bagi membantu meringan beban peniaga ketika era Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan pandemik COVID-19.
Kawasan itu membabitkan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Majlis Perbandaran Kulim (MPK) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP).
Kawasan Bebas Berniaga yang dicadangkan beroperasi selama enam bulan bermula 15 November lalu hingga 15 Mei tahun depan dengan bayaran dikenakan sebanyak RM10 sebulan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 02 2022

Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, tiada perancangan untuk lanjutan tempoh niaga Kawasan Bebas Niaga selepas ia tamat pada 31 Disember tahun ini. - Foto fail/BERNAMA

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Kedah tidak lanjut Kawasan Bebas Niaga
Lanjutan tempoh berniaga di Kawasan Bebas Niaga di beberapa kawasan PBT telah diberikan kepada peniaga terlibat sebelum ini.