ALOR SETAR: Kedah akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan agar ditubuhkan sebuah lembaga pelabuhan di negeri ini bagi mengurus dan mengawal selia pengangkutan laut, pelabuhan dan jeti yang ada di Kedah.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata berdasarkan perkembangan ekonomi Kedah, terdapat keperluan untuk negeri ini memiliki lembaga pelabuhan yang berupaya menyelaraskan semua aktiviti berkaitan di perairannya.
"Saya bercadang untuk memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk mengadakan 'port authority' di Kedah kerana banyak pembangunan berkisar tentang pengangkutan laut, pelabuhan, jeti yang semua itu (ketika ini) di bawah kendalian Penang Port.
"Kalau ada fee (bayaran) yang dikutip, (ia) dikutip oleh Penang Port (yang bertindak) sebagai agensi yang mengawal pelabuhan-pelabuhan di utara semenanjung," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran filem 'The Puppet Master Trilogy' di sini, malam tadi.
Katanya, penubuhan lembaga pelabuhan itu juga akan membolehkan pemantauan yang lebih berkesan dilakukan terhadap semua jeti yang ada di negeri ini sekaligus dapat membendung aktiviti menyalahi undang-undang seperti penyeludupan.
"Kita boleh jalankan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan pengangkutan laut ini seperti Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia bagi memantau juga (kewujudan) jeti-jeti haram," katanya.
Mengulas perkembangan lain, Muhammad Sanusi berkata jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi semakin meningkat selepas kerajaan mengumumkan pertukaran status pulau itu daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat kepada PKP Pemulihan, bermula 10 Mac lepas.
Katanya, perkembangan itu telah memberi kelegaan kepada penduduk Langkawi khususnya penggiat industri pelancongan yang amat bergantung pada jumlah kedatangan pelancong.
"Kita sedang mempergiatkan usaha menarik pelancong, (ketika ini) rakyat kita tidak boleh ke luar negera, jadi mai (datang) ke Langkawi, ada banyak produk pelancongan di Langkawi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021
Muhammad Sanusi berucap pada majlis pelancaran 'The Puppet Master Trilogy' di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar, malam tadi. --fotoBERNAMA
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Lembaga pelabuhan tanggung kos bangunkan Sistem Tunggal Maritim Malaysia - Loke
Kos untuk membangunkan Sistem Tunggal Maritim Malaysia (MMSW) sebanyak RM20 juta akan ditanggung oleh lembaga pelabuhan.
Kedah mahu lembaga pelabuhan ditubuhkan di negeri itu - MB
Berdasarkan perkembangan ekonomi Kedah, terdapat keperluan untuk negeri ini memiliki lembaga pelabuhan yang berupaya menyelaraskan semua aktiviti berkaitan di perairannya.