Khabar gembira buat rakyat negeri amnya dan masyarakat India khususnya apabila kerajaan Kedah mengumumkan 17 Januari ini sebagai cuti peristiwa sempena sambutan perayaan Thaipusam.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir berkata perkara itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah.
Katanya kerajaan negeri telah berusaha menjadikan sambutan perayaan Thaipusam sebagai hari cuti di negeri ini dan ia menjadi kenyataan apabila diperkenan menjadi cuti peristiwa untuk tahun ini.
“Inilah yang sudah lama kita usahakan dan akhirnya berjaya juga. Insyallah apa yang dihasratkan itu menjadi kenyataan dan saya ingin maklumkan bahawa cuti peristiwa ini bermaksud sekiranya ia jatuh pada hari minggu maka cuti itu tidak akan diganti dengan hari bekerja. Memandangkan 17 Januari ini jatuh pada hari Jumaat, ia tidak akan diganti,” tambah beliau.
Katanya lagi kerajaan negeri akan memohon supaya perayaan Thaipusam menjadi hari cuti di Kedah bagi setiap tahun.
“Tahun depan dan seterusnya kita akan mohon untuk perayaan ini jadi hari cuti. Kita hanya dapat perkenan cuti peristiwa untuk tahun ini sahaja,” katanya.
Astro Awani
Sun Jan 12 2014
Gambar fail AFP
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
KTMB sedia tren tambahan sempena cuti sekolah, cuti peristiwa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.
Johor umum 25 Ogos cuti peristiwa, hargai peminat JDT sempena final Piala FA
Kerajaan Johor mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos, sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sempena final Piala FA 2024.
Melaka umum 24 Ogos cuti peristiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri
Kerajaan Melaka umum 24 Ogos depan sebagai cuti persitiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Kelantan umum Selasa ini cuti peristiwa sempena Aidilfitri
Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa di seluruh negeri ini pada Selasa 9 April atau 29 Ramadan.
Pemasyhuran Agong: Cuti peristiwa khas belum dibincangkan - Fahmi
Cuti peristiwa khas sempena pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada 31 Januari ini tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
Tiada cuti peristiwa di Terengganu esok - Ahmad Samsuri
Poster mengenai dakwaan cuti peristiwa yang tular tersebut adalah palsu dan ia merupakan poster lama yang telah disunting.
Johor umum cuti peristiwa 17 Disember susulan kemenangan JDT
Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa pada 17 Disember ini susulan kemenangan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia dan Liga Super Malaysia.
Selangor umum Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan PH-BN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengisytiharkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am.
PRN: Tiada cuti khas jika PH-BN menang di Pulau Pinang
Pulau Pinang tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya negeri ke-15 (PRN15) ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.