SUNGAI PETANI: Kerajaan Negeri Kedah bercadang untuk menganjurkan satu lagi acara permotoran Disember ini susulan sambutan luar jangkaan yang diterima terhadap program Kedah Motor Fest yang diadakan di Dataran Amanjaya Mall, di sini, hari.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata program Kedah Motor Fest itu berjaya menghimpunkan peminat-peminat permotoran dari negeri ini serta penyertaan daripada negeri-negeri lain yang membabitkan pelbagai kategori motosikal.
"Kehadiran begitu ramai, setakat pukul 2 petang tadi, kira-kira 16,000 pengunjung yang hadir...kita mengalu-alukan penyertaan semua kategori termasuklah vespa, vintage, cup, superbike...program ini juga mencakupi semua peminat permotoran yang bukan hanya dari negeri ini tetapi juga negeri lain.
Saya berharap program seperti ini dapat diadakan secara berkala, saya fikir bulan Disember ini akan diadakan satu lagi program seperti ini," katanya selepas merasmikan program Kedah Motor Fest sempena Karnival Prihatin Negara di Dataran Amanjaya Mall di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Program Kedah Motor Fest Nurul Amin Hamid berkata matlamat utama penganjuran program berkenaan adalah untuk menghimpunkan dan menyatu-padukan anak-anak muda serta peminat dunia permotoran.
"Dalam kalangan peminat motosikal ada kumpulan-kumpulan mereka tersendiri contohnya peminat motosikal jenis Ysuku, RXZ, RS, vespa dan lain-lain lagi...menerusi program ini kita turut menyelitkan juga agenda dakwah untuk anak-anak muda serta perkongsian daripada pimpinan anak muda mengenai belia mahir dan keperluan belia masa kini.
Walaupun acara permotoran ini memenuhi keperluan anak muda namun kita turut menekankan aspek keselamatan semasa menunggang dan kita turut membawa beberapa orang ikon khususnya dalam sukan permotoran untuk mendidik anak-anak muda agar menunggang dengan selamat," katanya.
Karnival Prihatin Negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah dan Pejabat Exco Kerajaan Negeri yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini dengan mencatatkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022

Program Kedah Motor Fest yang diadakan di Dataran Amanjaya Mall mendapat sambutan luar jangka. - Gambar/ Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kedah cadang anjur satu lagi program permotoran Disember ini
Kerajaan Negeri Kedah bercadang untuk menganjurkan satu lagi acara permotoran Disember ini susulan sambutan luar jangkaan yang diterima terhadap program Kedah Motor Fest.